seismik

"Cute!" - Persis Hero Drama 'Itaewon Class', Rambut Baru Adik Ainul Jadi Perhatian Netizen

Alhamdulillah.. seronok tengok perkembangan terbaru adik Ainul.

Cover image via Twitter @DrAmalinaBakri

Rata-rata daripada kita pasti masih mengingati adik comel yang bernama Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin bukan?

Image via Google

Pada tahun lalu, kisah adik Ainul ini menjadi perhatian masyarakat susulan daripada penyakit Germ Cell Tumour yang dialami olehnya di kala baru berumur 9 bulan.

Apa yang lebih mengharukan, kisah adik Ainul ini turut mendapat perhatian Dr. Amalina Che Bakri yang seterusnya memberikan bantuan untuk rawatan bayi kecil ini.

Umum juga pasti sudah sedia maklum Dr. Amalina merupakan salah seorang doktor yang membantu urusan pembedahan membuang tumor adik Ainul Mardhiah. Berkat pertolongan yang dihulurkan Dr. Amalina, Germ Cell Tumour seberat 200g itu berjaya dibuang dan kini Ainul Mardhiah semakin sihat. Alhamdulillah!

Meskipun sudah setahun berlalu, Dr Amalina tetap mengikuti perkembangan adik Ainul melalui ibu bapa bayi comel itu

Terbaru semalam, Dr. Amalina telah memuatnaik dua keping gambar mengenai keadaan terkini adik Ainul di laman Twitter miliknya.

Menerusi tweet yang dimuat naik olehnya itu, beliau berkata dia telah menerima gambar baru adik Ainul yang dikirimkan sendiri oleh ibu bayi tersebut.

Apa yang mengharukan, adik Ainul kelihatan sangat sihat malah fashion rambutnya itu juga menampakkan kecomelan bayi itu yang kini mencecah usia 1 tahun 9 bulan.

Selain gambar itu, Dr Amalina juga turut memuatnaik satu video tentang adik Ainul

Perkembangan terbaru adik Ainul itu telah membuatkan rata-rata netizen tersentuh dan terharu dengannya.

Namun di sebalik perkongsian gambar itu, apa yang menjadi perhatian netizen adalah fashion rambut baru adik Ainul

Mengakui bahawa rambut terbaru adik Ainul itu sangat comel, netizen juga secara berseloroh menyamakan gaya rambut tersebut seperti hero drama Korea terkenal, Itaewon Class.

Image via @DrAmalinaBakri
Image via @DrAmalinaBakri
Image via @DrAmalinaBakri
Image via @DrAmalinaBakri

Alhamdulillah. Seronok tengok perkembangan terbaru adik Ainul ni. Semoga kekal sihat ok.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: