seismik

‘Wahhh Wahhh!’ - Reaksi Ibu Ini Terima ‘Surprise’ Tiket Konsert Siti Nurhaliza Serius Cute

Siapa taknak tengok Siti Nurhaliza perform secara live?!

Cover image via Twitter @mirasamsuri

Seperti yang umum sudah tahu, penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza pada masa kini sedang mengadakan Konsert Jelajah Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di empat lokasi

Image via Her Inspirasi

Pada 21 Februari yang lalu, Dato' Sri Siti Nurhaliza telah mengadakan konsert jelajah pertamanya di Jakarta yang dikatakan betul-betul menakjubkan.

Penyanyi tersohor itu bakal meneruskan konsert jelajahnya dan memukau peminat-peminat setianya di Singapura pada 2 Mac, Kuala Lumpur pada 16 Mac, dan akhir sekali di Royal Albert Hall London pada 22 April nanti.

Image via Stail.my

Buat peminat-peminat Dato' Sri Siti Nurhaliza yang lebih mesra disapa Tok Ti, konsert jelajah ini merupakan satu event yang dinanti-nantikan. Melihat Tok Ti secara langsung menjadi impian setiap peminatnya yang terdiri daripada pelbagai golongan tidak kira muda mahupun berusia.

Manakan tidak, persembahan dan nyanyian Tok Ti di Jakarta tempoh hari sahaja telah berjaya memukau penonton di sana yang rata-rata merasakan bahawa penyanyi itu masih berbisa walaupun sudah berada dalam industri selama 24 tahun.

Baru-baru ini, viral satu video di laman Twitter apabila salah seorang peminat Dato' Sri Siti Nurhaliza telah mendapat kejutan tiket konsert daripada anaknya sendiri

Kelihatan dalam video itu, wanita tersebut masih bertelekung sebelum dikejutkan dengan sebuah sampul yang mengandungi tiket konsert tebabit. Jelas terpancar kegembiraan pada wajahnya yang seakan-akan tidak percaya bahawa dia bakal melihat Siti Nurhaliza secara langsung.

Video tersebut yang dikongsikan di laman Twitter dan Instagram oleh anak wanita terbabit, Fatin Syahira telah mendapat lebih 60 ribu tontonan sejak dimuat naik pada hari Ahad yang lalu.

Menerusi perkongsian di Twitter, Fatin yang merupakan peminat tegar Dato' Siti seperti ibunya, mengakui telah membeli tiket itu sebulan awal, dan menunggu masa yang sesuai untuk membuat kejutan kepada ibunya itu.

Namun begitu dia kesal tidak dapat membeli tiket platinum supaya ibunya dapat duduk dengan selesa. Walau bagaimanapun, berdasarkan reaksi ibunya yang teruja melihat tiket itu sahaja sudah cukup membuatkan hatinya gembira.

Rata-rata netizen memuji tindakan gadis itu membuat surprise kepada ibunya dan video tersebut cute

Konsert Jelajah Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit jalil pada 16 Mac ini.

Penjualan tiket boleh dibeli di laman MyTicket.Asia.

Tak sabarnya nak tengok Tok Ti perform!

Image via gfycat.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Leave a comment