seismik

"Terlalu Sayang Keluarga, Diri Sendiri Terabai" - 6 Punca Depresi Di Kalangan Suri Rumah!

Hentikan persepsi suri rumah hanya duduk di rumah sambil goyang kaki!

Cover image via MSN & Fairfax County

Ramai yang beranggapan bahawa suri rumah tidak menghadapi stress memandangkan golongan terbabit hanya duduk di rumah dan ‘tidak bekerja’

Tanggapan dan persepsi sedemikian adalah sama sekali tidak benar, sebaliknya suri rumah adalah golongan yang turut tidak terlepas daripada tekanan hidup.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Sirap Limau

Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsikan beberapa faktor berlakunya kemurungan atau depresi dalam kalangan suri rumah.

Menerusi laman Facebook, Syahirah Omar berkata orang ramai perlu peka dan prihatin terhadap masalah stress yang membelenggu kebanyakan suri rumah.

Menurutnya, menjadi suri rumah itu bukanlah semudah yang disangkakan lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. Namun entah mengapa persepsi masyarakat terhadap suri rumah sukar diubah di mana mereka menganggap suri rumah kebanyakannya goyang kaki dan beruntung dapat duduk di rumah ditanggung suami.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Aku terpanggil untuk menulis depresi di kalangan suri rumah. Sebab hari ini ramai tag aku rasa nak marah jiran, bila jiran kata mereka tak pandai jaga anak. Kata jiran, dok rumah "kangkang" saja. Ada yang mula dengar suara suruh bunuh anak, ada yang rasa nak kelar diri sendiri.

Allah Allah Allah.

Aku rasa aku perlu tulis ni untuk luahkan apa yang mereka rasa. Ya, aku faham benar apa kau rasa.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Belitung

Aku minta maaf, aku tak dapat tulis bagi yang bekerja. Jadi kita fokus pada yang suri rumah saja ya? Aku enjoy bekerja. Tetapi bekerja, kita memerlukan jadual kerja supaya hidup kita sangat teratur. Kita banyak betul bermain dengan masa. Tetapi yang tinggal di rumah, kami bermain dengan emosi, terlalu penat mental, fizikal.

Kenapa dengan emosi suri rumah?

1) Dilabel sebagai 'goyang kaki'

"Kerja apa?" Soal makcik Senah jiran depan rumah.

"Oh, saya suri rumah Cik Senah,"

"Oh tak kerja, seronoklah duduk rumah tak penat sangat," Cik Senah mula cari gaduh.

Terus Timah berlari masuk rumah menangis sebab rasa sangat 'loser'.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Blog Aham

Bayangkan kalau 10 orang, 20 orang atau lebih dari tu cakap benda yang sama? Rasa seperti tak berfungsi dan tak memberi manfaat.

Suri rumah ni satu pekerjaan yang sangat mulia. Lubuk pahala tau? Kenapalah masyarakat tak faham benda ni? Sudahlah kerja non-stop, tiada rehat untuk diri sendiri. Makan, solat, kelam kabut. Tambah-tambah anak masih kecil umur rapat-rapat. Cuba bila dengar je orang kerja suri rumah respon terus begini

"Subhanallah, hebatnya! Banyak pahala yang Allah nak beri pada awak. Awak memang isteri dan ibu yang hebat!"

2) Penat mental fizikal

"Abang, hari ini anak kita jatuh bang. Saya tak larat betul rasa anak lasak sangat," Timah mula mengadu.

"Awak ni merungut begini nanti Allah tarik nikmat anak baru tahu! Cubalah bersyukur!" Seman naik berang sambil scroll Facebook.

Gais, isteri cuma mahu bercerita. Dia bukan tidak bersyukur. Cubalah kau peluk dia dan cakaplah,

"Biar sini abang jagakan Talib, awak pergilah mandi lama-lama, solat tenang-tenang ok? Abang tahu awak penat seharian uruskan anak-anak yang tengah melasak," - Seman, suami dan ayah mithali.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Kadang-kadang waktu rehat isteri tu biarlah dia main Facebook, biarkan dia bersendiri sekejap. Ini sudahlah letih seharian, anak meragam tak berhenti, penat kehulu kehilir hantar ambil anak anak. Suami balik kena layan suami seperti raja pula.

Ada yang suami di luar negara. Whatsapp suami cerita tentang anak-anak kadang kadang bluetick saja. Atau balas, "Sabarlah,mama. Papa jauh ni,"

Gais, mereka maklum kau jauh. Cubalah kau tanya dia harinya bagaimana. Sihat atau tidak? Sempat atau tidak makan dari tadi?

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Keluarga

Atau yang lebih dasyat, merekalah isteri, merekalah suami. Suami pula banyak lepas tangan urusan keluarga, perbelanjaan isi rumah. Balik, minta duit nak beli rokok lagi ada lah. Allah Allah Allah

Sabarlah wahai isteri, segala penat lelah tu jika kita Redha, terlalu banyak ganjaran buat kita. Mohon pada Allah supaya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. Manusia ni, sentiasa buat kita kecewa.

Tapi Allah tak pernah pun menyakitkan kita. Allah sentiasa ada untuk kita.

Percayalah!

3) Tiada sumber pendapatan

Media sosial ni penuh sebenarnya gambar Peah bercuti bersama rakan rakan, company trip pergi Bandung lah, honeymoon di Swiss lah. Maka Timah pun mula berdukacita.

Timah kalau dapat pergi kedai ECO pun rasa dah nak histeria punya happy tau?

Ada yang sempat bekerja dari rumah. ada yang memang tak mampu pun nak buat bisnes dari rumah. Situasi kita semua tak sama. Ada yang anak terlalu aktif, kau baru nak reply order orang di instagram, anak dah main tepung kat dapur.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Keluarga

Jadi, apa yang suami beri, itu sajalah yang dia ada. Ada duit sikit, waktu ke kedai ECO, banyak yang dibeli untuk anak. Diri sendiri? 1 saja. Magic sponge. Syahirah kata bagus sangat magic sponge Timah pun belilah. Cuba nak sental dinding penuh anak conteng guna pensil warna.

Hidup dia, dunia dia, hanyalah suami, dan anak anak.

Rasa rendah diri tu memang ada. Biarpun belajar pandai, Diploma, Degree simpan saja sebagai kenangan. Kawan-kawan semua gaji 5 angka.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via MSN

Sayang,

Dengar sini. Hidup ini ada yang lebih, ada yang kurang. Tak semua yang dipamerkan di media sosial tu semuanya indah belaka. Yang bekerja juga ada yang mereka struggle juga. Masalah pengasuh, masalah orang gaji curi barang, majikan zalim, rakan sekerja menyakitkan hati, masalah suami tak beri nafkah, masalah terlalu banyak komitmen. Ada yang memang suka bekerja dan tak suka tinggal di rumah. Ada yang terpaksa bantu suami kerana pendapatan suami saja tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Kita sangka baik ya? Allah beri kita masa bersama anak-anak. Biarlah kita tiada pendapatan, tetapi masih ada kesempatan untuk lihat mereka membesar di tangan kita.

Sesekali kau penat, berehatlah. Cakaplah pada suami energi kau ibarat arnab yang kehabisan bateri sewaktu berlumba lari. Beri masa untuk kau 'recharge' semula diri.

4) Dibezakan mentua

Ini jarang berlaku tetapi antara faktor yang menyebabkan suri rumah depresi. Bila bekerja, kita ada duit poket sendiri untuk gembirakan keluarga. Bagi yang tidak bekerja ni, apa yang suami mampu sajalah.

Ada di dalam masyarakat kita terpaksa bersaing secara tidak sihat untuk menangi hati mertua dengan kebendaan.

Astaghfirullahal'azim.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Bukan Aku

Sayang, jika kau tiada duit ringgit, kau masih mempunyai hati yang baik dan tangan untuk mengembirakan mak ayah. Kau boleh bantu mak di dapur, kau boleh picit kaki mak, kau boleh berbual dengan mak. Sesekali kau masakkan makanan kegemaran mak.

Hidup ni, bukan semuanya boleh dibeli dengan duit ringgit kan? Mak tahu kebaikkan setiap menantu mak. Melainkan memang mak tak nampak langsung effort kau. Tu kes lain lah.

Jangan rasa rendah diri. Kita kena bangga dengan tugas kita. Tak ada kita anak mak cari spender pun tak jumpa kat longgok mana tau.

5) Mahukan penghargaan

"Terima kasih sayang, sebab jagakan anak-anak harini, abang sayang sangat sayang, banyak sangat pengorbanan sayang,"

"Sayang, harini pergilah mana awak nak pergi. Abang bagi awak cuti. Abang dengar ada kuliah Dhuha kat masjid depan tu, sayang pergilah topup apa yang patut,"

Tekanan isteri di rumah ni, kadang-kadang anak menangis pun dah tak mampu lagi nak dihadam. Pengisian rohani pun tak ada bila terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Aku pasti dalam hati suri rumah semua mahu pergi ke masjid, belajar agama. Di YouTube tu memang ada tapi teringin kan nak ke majlis ilmu?

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Keluarga

Bawalah isteri dan anak-anak ke masjid setiap hujung minggu. Suami jagalah anak-anak sekejap. Biar isteri rasa bertenang solat di masjid. Itu yang dia selalu tak dapat waktu di rumah. Jangan pula bila cuti saja kita pilih melepak di rumah main game. Isteri tu bila yang dia rehat? Dia bukan ada cuti tau? Paling awal bangun tidur, paling lewat masuk tidur. Kalau yang menyusu tu, Allahuakbar, sakit habis badan-badan.

Isteri ni bila letih, penat sangat, makan tak setel, tak dihargai, mula dia naik hantu. Rasanya semua manusia pun begitu kan?

Cuba tengok penampilan dia. Duduk rumah pun mana yang sempat saja. Dia selekeh kerana semuanya dia terpaksa uruskan. Dia terlalu sayangkan keluarga sampaikan abaikan diri sendiri.

6) Semua perasaan terbuku di hati

Kalau yang bekerja, kita ada masa untuk bersosial. Aku sangat enjoy waktu bekerja. Kau tahu, ada masa untuk makan, untuk solat. Yang best aku suka sangat sebab aku ada kawan nyata. Boleh bersembang, bergurau.

Tetapi yang duduk rumah ni, mereka friendlist kat Facebook je 5000, tapi sangat lonely.

Tak ada tempat berbual. Buka je mata anak, tutup je mata, anak. Suami balik kerja dan penat. Tak sempat nak dengar pun apa yang terbuku di hati.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Google

Bang, kau genggam la tangan isteri, kau tanyalah dia,

"Sayang, hari awak macam mana harini? Awak ok? Cuba luah apa yang awak rasa pada abang,"

"Pung pang bla bla bla Timah bla bla bla best tau sayang..bla bla bla! Hahahahha...ada ke patut?" Timah mula bercerita.

Gais, kalau tak faham, kau tatap saja muka dia cubalah kau respon sama. dia gelak kau pun gelak. Letaklah telefon di sebelah. kau tatap saja wajah dia.

Wajah tu lah yang mudahkan urusan kau setiap hari. yang uruskan makan pakai kau, uruskan rumahtangga, uruskan anak-anak.

Tak ada dia, kau pergi office pakai kain pelekat agaknya.

Allah Allah Allah.

Dalam hidup ni, ramai yang dibesarkan tanpa ada rasa empati terhadap orang lain kan?

Tapi tu boleh diperbaiki. Kita cuma perlu belajar menghargai dan menyayangi selagi ada. Buatlah seperti yang Allah minta.

Suami, isteri, datang dari "planet" yang berbeza.
Dibesarkan juga dengan cara yang berbeza.
Tetapi Allah tahu yang terbaik buat hambaNya.
Semua yang diatur pasti ada hikmahnya.
Belajarlah memahami, melengkapi untuk rasa bahagia.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Kartel Dakwah

Banyak lagi sebenarnya.
Nantilah aku sambung lagi ok?
Apa yang Suri rumah perlu buat untuk bangkit semula.
Kau tunggu ok?
Sementara aku nak karang tu,
Kau banyak baca, "La hawlawala quwata illa billah,"
Tak ada daya dan kekuatan melainkan Allah saja.
Please take care ok?

Salam sayang,
Syahirah Omar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Adakah anda kemurungan? Lakukan ujian saringan DASS di bawah!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: