seismik

"Dia Buatkan Saya Fikir" - Cuba Uji Kekasih, Jawapan Teman Lelaki Pula Buat Dirinya Sentap

Sedih juga.

Cover image via Twitter

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan yang bercinta pasti banyak pahit dan manisnya

Tambahan lagi, apabila sudah bertahun-tahun bercinta. Sudah tentu mahu hubungan itu ke fasa seterusnya iaitu berkahwin.

Dalam tempoh itu juga kita boleh kenali perangai pasangan kita. Jujur itu lebih baik daripada menipu betul tak?

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita kecewa dengan jawapan yang diberikan teman lelakinya selepas ditanyakan soalan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Jawapan teman lelaki buat kekasih terkedu

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan kekasih pada masa itu sedang berada di dalam kereta untuk menunggu pesanan makanan mereka sampai.

Di dalam video tersebut dapat dilihat wanita itu terlihat gambar seorang perempuan lain di dalam telefon teman lelakinya dan terus bertanyakan beberapa soalan.

"Somehow apabila awak cakap macam tu, bila awak cakap ayat macam tu membuatkan saya fikir yang perempuan tu punya level (taraf) terlalu tinggi untuk awak," katanya.

Namun, apabila dia menanyakan soalan tersebut, wanita itu dilihat seperti tersentap dengan jawapan yang diberikan teman lelakinya.

Image via Twitter

"The disappointment from girls expression tu, sakit weh" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen ada yang mengecam dan ada juga yang dapat merasakan situasi itu dengan memberikan pelbagai reaksi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4,712 retweets, 9,068 quotes tweets dan 12.6K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Sebab itu dalam hubungan ni kena jujur tentang perasaan, kalau tak susahlah :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: