Dituduh Berlagak Sebab 'Show Off' Beli Beg Tangan RM12,500, Ini Respon Blogger Cik Epal
Beli pakai duit sendiri apa salahnya.
Sudah menjadi lumrah masyarakat masa kini untuk update tentang aktiviti harian mereka ke dalam platform media sosial setiap hari
Medium yang paling popular untuk mengemas kini aktiviti seharian tentunya menerusi Instagram Story.
Selain bersifat ringkas dan pendek, Instagram Story juga hanya kekal selama 24 jam selepas dimuat naik dan akan terus terpadam secara automatik setelah tamat tempoh tersebut.
Dari sini, pengguna Instagram boleh berkongsikan tentang aktiviti yang dilakukan pada hari-hari tertentu serta pelbagai lagi perkara menarik kepada para pengikut mereka.
Rutin ini sudah menjadi kebiasaan sehingga ada juga pengguna yang berkongsi sesuatu yang menimbulkan perasaan kurang senang kepada orang ramai
Jika tidak berhati-hati, perkongsian seseorang boleh disalah erti dan tak semena-mena mampu mengundang pelbagai kecaman dan kritikan.
Biasalah, mana mungkin kita mampu untuk memuaskan hati semua pihak, lagi-lagi jika seseorang itu merupakan figura awam atau public figure yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat.
Baru-baru ini, hal ini terjadi kepada seorang blogger terkenal, Cik Epal apabila beliau ingin membeli beg tangan jenama Dior yang mencecah harga belasan ribu Ringgit
Cik Epal menerusi Instagram memuat naik satu poll dan meminta para pengikutnya untuk memilih sama ada beliau patut membeli beg tangan jenama Dior berwarna hitam atau merah yang berharga RM14,500 dan RM12,500 setiap satu.
Beliau akhirnya membuat keputusan untuk membeli beg tangan berwarna merah tersebut dengan nilai RM12,500
Sejurus selepas berkongsikan tentang pembelian berkenaan, ramai netizen yang bertindak untuk mengkritik tindakan Cik Epal dan menyifatkan ia sebagai membazir
Cik Epal kemudian menjelaskan bahawa segala apa yang dibeli olehnya adalah hasil dari titik peluhnya sendiri dan tidak pernah mengharapkan atau meminta sesuatu daripada orang lain
Menurut Cik Epal, tidak ada salahnya untuk seseorang memberi ganjaran kepada dirinya sendiri setelah berpenat lelah bekerja selama ini.
"Bila kita usaha keras atas kaki kita sendiri, of course kita rasa excited bila kita dapat reward diri kita dengan benda yang kita tak pernah rasa kita akan dapat beli pun dengan duit sendiri.
"Kepuasan membeli dengan duit sendiri itu lain sangat dengan orang yang belikan untuk kita," tulis Cik Epal.