Wanita Kelantan Pecah Rekod, Beli Tudung Bertatah Kristal Swarovski Bernilai RM33,000!

Tudung ini menggunakan kristal Swarovski tulen yang diimport khas dari Austria.

Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah Allah SWT dan memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syara‘ bererti mentaati perintahNya

Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslimah.

Islam juga tidak menghalang seorang Muslimah untuk berfesyen dalam pemilihan pakaiannya asalkan mematuhi garis panduan dan menutup aurat.




Baru-baru ini, gempar cerita berkenaan tudung yang dijual dengan harga RM 33,000 sehelai

Image via Blog Mau Kerja

Tudung bawal tersebut merupakan tempahan khas oleh seorang ahli perniagaan wanita di Kelantan, yang dihasilkan di cawangan premium Bawal Exclusive (BE) iaitu As Galleria (AG) di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Menurut Pengurus AG, Rabiatu Hasmak Ghani berkata, harga tudung adalah bergantung kepada rekaan dan tampalan batu Swarovski yang menjadikan BE tudung berjenama mewah dan eksklusif.

Ini bukan kali pertama jenama BE menghasilkan tudung bawal dengan harga yang mahal dan ekslusif

Pada tahun lepas, BE berjaya menjual sehelai tudung berharga RM21,600 kepada usahawan wanita yang sama.

Menurut Pengasas jenama BE, Haliza Maysuri berkata tudung bawal keluaran syarikat ini mahal kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang cukup eksklusif dan berkualiti kerana hanya menggunakan kristal Swarovski tulen yang diimport khas dari Austria dan fabrik Voile atau Bawal yang diimport khas dari Jepun.

Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri

Image via Today Online

Kata Haliza lagi, terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap tudung-tudung eksklusif yang ditempah khas dan pelanggan tidak kisah membayar lebih

Bagaimanapun, Haliza memberitahu, Bawal Exclusive juga menyediakan rekaan-rekaan tudung bawal bertatah batu kristal Swarovski pada harga mampu milik serendah RM60 sehelai.

“Tudung BE ini materialnya daripada kain bawal gred 1, selesa dipakai dan sesuai dengan wanita yang sukakan rekaan eksklusif,” katanya.


Nak tahu kenapa tudung Bawal Exclusive ini mahal sangat? Tengok video dibawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment