seismik

"Jangan Fitnah Durian" - Doktor Bidas Dakwaan Ada Makanan Tak Boleh Dimakan Dengan Durian

Ada juga yang percaya buah durian tidak boleh dimakan ketika mengambil ubat-ubatan serta tidak elok untuk wanita mengandung kerana boleh menyebabkan panas dalam.

Cover image via Facebook Rafidah Abdullah & Street Food Guy

Bila bercakap pasal buah durian ini, sama ada you love it, atau you hate it. There's nothing in between.

Bau yang terdapat pada buah durian terlalu kuat sehingga mereka yang tidak menggemarinya membandingkannya dengan bau bangkai tikus atau keju basi.

Berbeza pula dengan penggemar buah durian yang bukan sahaja sukakan bau buah tersebut bahkan turut merasakan raja bagi segala buah sangat enak kerana mempunyai rasa berbeza serta memberi kepuasan yang tersendiri.

Namun begitu, buat yang aktif dengan media sosial pasti pernah terlihat posting viral tentang pantang larang mengatakan bahawa durian tidak boleh dimakan dengan sesetengah makanan tertentu seperti minuman berkarbonat atau berkafein, susu, ketam, daging, dan terung.

Image via NST

Selain itu, ada juga yang percaya buah durian tidak boleh dimakan ketika mengambil ubat-ubatan serta tidak elok untuk wanita mengandung kerana boleh menyebabkan panas dalam.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, seorang doktor perubatan telah tampil memberi penjelasan dan membidas kepercayaan tersebut

Seorang doktor yang cukup popular di media sosial, Dr. Rafidah Abdullah yang juga merupakan doktor pakar buah pinggang menyatakan dakwaan buah durian tidak boleh dimakan bersama sesetengah makanan itu adalah sekadar mitos dan tidak berasas.

Dr. Rafidah Abdullah.

Image via Facebook Rafidah Abdullah

Bahkan, buah tersebut boleh dimakan dengan gabungan apa jenis makanan sekalipun, asalkan diambil secara moderasi.

Berikut adalah penjelasan yang diberikan Dr. Rafidah menerusi laman Twitter:

Bukan itu sahaja, Dr. Rafidah turut meluangkan masa menjawab beberapa pertanyaan daripada warganet berkenaan buah durian

Salah satu mitos popular bahawa durian boleh mengakibatkan panas dalam telah dibidas Dr. Rafidah yang mana menurutnya tiada istilah ‘panas dalam’ dalam bidang perubatan.

Di bawah adalah antara pertanyaan daripada para warganet:

Cakap pasal durian ini, tiba-tiba tekak pun mengidam nak makan durian!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik: