seismik

DOLLA Kongsi Makna Disebalik 'Girl Boss' & Kepentingan Dalam Sisterhood

Girl power!

Cover image via Tatler Malaysia & DOLLA (YouTube)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi peminat muzik tanah air, nama kumpulan DOLLA pasti anda pernah dengar bukan?

Kumpulan wanita yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Sabronzo, Tabby, Angel, dan Syasya ini telah pun banyak mengeluarkan lagu-lagu hit dan menjadi trending sekarang.

Bukan itu saja, muzik mereka juga sekali gus telah menaikkan nama kumpulan ini. Malah, ia turut dilabel sebagai BLACKPINK versi Malaysia.

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia kali ini, kami berkesempatan untuk menemubual sendiri DOLLA tentang apa pandangan mereka mengenai 'girl boss' dan kepentingan dalam persaudaraan sisterhood sesama mereka.

Jom lihat soalan-soalan tersebut di bawah:

DOLLA.

Image via Harian Metro

1. DOLLA telah berada dalam industri sejak 2019, selama bertahun-tahun apa yang anda pelajari sebagai sebuah kumpulan wanita dalam industri muzik?

Sebagai satu kumpulan, apa yang kami pelajari adalah menghargai sokongan yang telah diberikan disekeliling kami. Kami juga telah melalui pelbagai detik sukar dan susah bersama terutama sekali berada di dalam industri ini sebagai kumpulan wanita.

Kami telah berjumpa dengan ramai orang yang berpengalaman dan mereka banyak memberikan tunjuk ajar, sokongan dan nasihat berguna pada kami untuk terus kuat dan berjaya. Jadi kami hanya mahu sebar perkara positif saja kepada mereka di luar sana.

2. Apakah maksud persaudaraan dan pemerkasaan wanita kepada DOLLA?

Kami rasa maksud persaudaraan dan pemerkasaan wanita adalah untuk menyokong antara satu sama lain, bawa tenaga yang positif sebagai seorang wanita. Tiada siapa yang faham apa kesusahan yang anda lalui sebagai seorang wanita.

Sudah pasti, wanita akan lebih memahami isi hati seroang wanita. Jadi, adalah lebih baik jika kita sentiasa bantu-membantu wanita yang lain juga, terutama dalam waktu yang sukar. It's all about the bond, the sister and the female bond!

3. Adakah feminisme penting untuk DOLLA?

Bagi kami, feminisme adalah perkara yang patut untuk seorang wanita dapat dan berhak. Contohnya seperti jika anda boleh melakukan kerja seperti orang lain, kami rasa anda tidak patut di diskriminasi hanya kerana jantina anda.

Kami juga merasakan wanita mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun dari segi fizikal kita tidak kuat seperti kaum lelaki, tetapi, ada sesetengah perkara yang wanita boleh lakukan dengan baik

4. Bagi DOLLA, apakah maksud menjadi 'girl boss'?

Untuk kami pada ketika ini adalah owning the stage buat masa sekarang. Ketika kami mahu menaiki kentas, perasaan berdebar itu pasti akan timbul, jadi kadangkala ia sukar untuk disorok. Tetapi, apabila kami yakin dan sentiasa bersama, kami tunjukkan kepada mereka momen yang berharga disebalik kepenatan yang kami lalui.

Image via Utusan

5. Untuk Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, apakah yang DOLLA mahu lihat lebih banyak daripada wanita di Malaysia?

Untuk hari wanita tahun ini, kami berharap agar wanita tidak terlalu takut dengan orang dan perkara yang negatif dalam apa jua perkara yang mereka ingin lakukan. Lakukan saja jika anda rasa yakin dan ingin lakukannya dan tidak terlalu fikir banyak perkara kerana hidup ini hanya sekali. Tetapi, pastika perkara yang anda lakukan tidak memberi kemudaratan kepada diri sendiri.

Kami rasa wanita di Malaysia ini awesome. Tidak kira apa pun sebagai seorang wanita, kami rasa tiada satu perkara pun yang boleh halang anda untuk melakukannya sebagai seorang wanita. Anda patut mencuba saja pelbagai perkara kerana kami tidak rasa ada batas di antara jantina untuk meraih sesuatu perkara itu. Pada akhir nanti, tiada siapa yang akan menjalani hidup anda kecuali anda, jadi anda berhak untuk membuat keputusan sendiri.

Kami juga mahu melihat agar lebih ramai wanita dari bidang fesyen, penulis dan macam-macam lagi supaya dapat lebih banyak penghargaan. Contohnya seperti Michelle Yeoh, lihatlah beliau yang kini telah menjadi ikon ramai orang.

6. Apakah mesej DOLLA untuk gadis-gadis muda di luar sana?

Untuk gadis-gadis di luar sana, cuba lakukan perkara yang anda ingin semasa zaman muda ini. Jangan bila sudah meningkat dewasa nanti anda terfikir masa lalu dan menyesal kerana tidak melakukannya sebelum ini. Cuba hargai pengalaman apa yang anda lalui pada masa ini.

Kami juga merasakan gadis di luar sana untuk lebih bersuara. Secara amnya tentang, apa yang mereka telah lalui dan perasaan mereka. Mereka mungkin boleh kongsikan kepada rakan-rakan mereka atau kakak untuk bercerita apa-apa masalah. Always follow what you feel like is right for you. Sentiasalah berbuat baik dengan orang kerana perjalanan anda masih panjang.

Kami suka positiviti daripada DOLLA ini. Apa pun Selamat Hari Wanita Antarabangsa buat semua wanita di luar sana! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: