Drone ‘Show’ Percuma Bertemakan Haiwan Di Menara KL Pada 17 Oktober Ini
Boleh bawa anak-anak!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keluarga yang mencari aktiviti menarik pada hujung minggu ini boleh menyaksikan pertunjukan dron bertemakan haiwan secara percuma di Menara Kuala Lumpur
Menerusi sebuah hantaran di laman sosial, Menara Kuala Lumpur mengumumkan penganjuran Drone Show Theatre: Animal World pada 17 Oktober, menampilkan formasi dron berwarna-warni berinspirasikan pelbagai jenis haiwan.
Acara ini turut menampilkan persembahan muzik, simulasi dron serta pelbagai aktiviti sampingan lain untuk dinikmati oleh para pengunjung.
Pertunjukan dron akan bermula pada jam 9 malam, manakala aktiviti sampingan pula akan berlangsung dari jam 8 malam hingga 9.30 malam di Tower Terrace yang terletak di tingkat bawah.

Berikut adalah maklumat berkaitan pertunjukan tersebut:
Tarikh: Sabtu, 17 Oktober 2026
Pertunjukan dron: 9.00 malam | Aktiviti sampingan: 8.00 malam – 9.30 malam
Lokasi: Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur
Bayaran masuk: Percuma
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


