Dua Usahawan Ini Kongsi Pengalaman & Rahsia Platform Bina Bisnes Berjaya Dengan RichWorks
Tak kisah anda dah lama berbisnes atau baru nak mula, yang penting kena ada ilmu.
Semua orang pasti inginkan impian mereka menjadi kenyataan suatu hari nanti. Anda juga pasti ada impian yang ingin dicapai bukan?
Sama seperti dalam perniagaan atau bisnes, tidak kisah sama ada yang dah lama berbisnes atau baru nak mula pastinya ingin berjaya apa yang telah mereka usahakan.
Tambahan pula, ketika pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini, rata-ratanya pasti terjejas dengan bisnes masing-masing.
Mesti ada di antara anda yang menjadi usahawan mungkin berasa penat bila menjalankan bisnes bertahun-tahun tapi tidak menjadi. Kadang-kadang tak tahu apa masalah yang dihadapi selama ini.
Begitu juga dengan kisah dua orang usahawan yang hebat ini, yang menceritakan pengalaman dan jatuh bangun mereka dalam dunia bisnes.
Berikut di bawah adalah perkongsian penuh mereka:
Das Abdul Global berjaya menjual lebih daripada 900,000 biji bantal di Singapura, Brunei, Indonesia dan seluruh Malaysia
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Das Abdul Global Sdn. Bhd sendiri iaitu Das Abdul, bermula dengan berniaga melalui car boot sale, setiap hari hidupnya penuh dengan kerisauan apabila hanya dapat menjual 20 biji bantal sahaja.
Dengan keadaan hidup yang susah ketika itu, isterinya pula baru habis berpantang anak kedua yang berusia 44 hari, jadi beliau mula mencari jalan untuk ubah hidupnya.
"Alhamdulilah, saya tidak menyangka bahawa dengan melibatkan diri dalam salah satu program RichWorks membina bisnes bantal saya sehingga mampu membawa jenama dan produk ke tahap yang lebih tinggi. Dari situ, saya bertindak menghadiri program Richworks demi memperkasa perniagaan bantal," katanya.
Das Abdul Global kini menjadi sebuah perniagaan berjaya dan makin berkembang. Mereka juga telah berjaya menjual lebih dari 900,000 biji bantal di Singapura, Brunei, Indonesia dan seluruh Malaysia.
Ini semua hasil sokongan keluarga, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan team Richworks atas tunjuk ajar dan didikan. Tanpa RichWorks, Das Abdul Global tidak akan wujud pada hari ini.
Jualan produk mesra wuduk Nurraysa melonjak cecah RM2.5 juta sebulan!
Dalam pada itu, pengasas Nurraysa Global Sdn Bhd (Nurraysa Beauty), Nur Aini Zolkepeli berkata, beliau sedar yang bisnesnya perlu mempunyai ilmu pemasaran yang betul.
Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk hadir ke salah satu program RichWorks dan berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman, kemudian dari situ berlakunya lonjakan dalam bisnesnya.
Dengan ilmu pemasaran yang diraihnya, Nur Aini kini dapat mempraktikkan secara konsisten dan jualan produk Nurraysa Beauty juga telah melonjak mencecah RM2.5 juta sebulan.
“Komitmen dan dedikasinya untuk membina perniagaan kami seperti perniagaanya sendiri adalah sangat luar biasa.
"Datuk Wira Dr. Azizan Osman tidak pernah gagal untuk sentiasa berhubung dengan kami sekurang-kurangnya seminggu sekali sama ada melalui emel, telefon, video, zoom atau kadang-kadang secara peribadi.
"Anda tidak akan terlepas dengan sebarang mesyuarat, program atau sesi mentoringnya. Dengan bimbingannya, dari kami tidak punya apa-apa, kini mempunyai rangkaian besar lebih daripada 38,000 ejen dan berkembang dengan lebih laju,” ujarnya.
Jom sahut cabaran Bina Bisnes Berjaya sekarang selagi peluang masih ada
Bagaimana dengan perkongsian dua usahawan hebat di bawah RichWorks ini? Anda tak nak ke jadi usahawan yang berjaya seperti mereka?
Kalau anda nak tahu RichWorks ada menyediakan platform Bina Bisnes Berjaya bagi kemudahan usahawan mengikut tahap masing-masing dalam mendapatkan ilmu, latihan dan bimbingan mereka dalam proses untuk menjadi seorang usahawan yang berilmu serta mampu bina bisnes yang berjaya.
Selain itu, sistem Bina Bisnes Berjaya ini juga telah membantu lebih dari 1.1 juta peserta dan usahawan sepanjang hampir 13 tahun.
Sistem yang sama turut membantu membimbing 777 bisnes tahun lepas untuk capai jumlah jualan terkumpul sebanyak RM2 bilion, minimum dua kali ganda hasil bimbingan Mentor Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam masa 1 hingga 3 tahun.
Bagi yang berminat nak sertai dan ingin tahu lebih lanjut, anda boleh saja layari laman web Bina Bisnes Berjaya sekarang!
Program ini akan berlangsung secara virtual melalui Zoom webinar. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan pilihan di tangan anda.