Eksklusif Di iQiyi, Drama Bersiri 'Shah Alam 40000' Ini Buat Penonton Tak Senang Duduk
Download aplikasi iQiyi & tonton secara eksklusif sekarang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, drama bersiri ‘Shah Alam 40000’ telah pun ditayangkan secara eksklusif di platform iQiyi pada setiap hari bermula 29 Mac lalu
Drama bersiri berdurasi 60 minit dan mengandungi 28 episod ini dibintangi Anna Jobling, Rita Rudaini dan Umie Aida adalah cerita rekaan semata-mata.
Ia menceritakan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Seri Azlina (Umie Aida), Datin Rose (Rita Rudaini) dan Tengku Shafinaz Mckenzie (Anna Jobling).
Suatu hari, Azlina mengajak mereka untuk bersantai di sebuah pusat peranginan dan memberitahu rahsia masing-masing dengan syarat mereka akan menyimpan rahsia tersebut.
Terpaksa merahsiakan masalah yang dihadapi mereka daripada pengetahuan pasangan dan suami masing-masing
Datin Seri Azlina seorang wanita bekerjaya yang mempunyai bisnes kafe sendiri tapi tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawannya, Azlina membuka gim sendiri sebagai marketing untuk buat bisnes baru iaitu makanan kesihatan untuk lelaki.
Rose dan Shafinaz pelik kenapa Azlina nak rahsia bisnes gim tersebut rupa-rupanya Azlina pernah ada skandal dan hampir bercerai dua tahun lepas. Sebab itu dia terpaksa rahsiakan perkara tersebut daripada suami sendiri.
Manakala, Datin Rose pula isteri kedua dan suri rumah sepenuh masa. Dalam seminggu dua hidup Rose tak tenteram bila dia dikejar Ah Long. untuk mengelak daripada Ah Long, Rose terpaksa menukar kereta buruk sampai suami dan kawan-kawannya menjadi pelik.
Sebenarnya Rose cuba membuka butik dengan artis sendu bernama Fyra (Afifah Nasir). Namun begitu, setiap bulan bisnes asyik rugi tetapi Fyra tidak habis menyuruhnya bagi duit untuk buat marketing sampai Rose terpaksa pinjam Ah Long bila suami dia tak bagi dia buat bisnes. Rupa-rupanya Rose ditipu dan Fyra pula dah lari ke luar negara.
Rahsia Shafinaz pula tak sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan Datin Rose dan Datin Seri Azlina. Shafinaz seorang pengacara popular dan ramai wartawan nak tahu gosip dia dengan chef selebriti Kush (Fadlan Hazim) padahal hubungan mereka dah lama putus.
Shafinaz keluar dengan pengarah yang juga merupakan suami orang untuk mengelak diganggu Kush. Hakikatnya Shafinaz bercinta dengan seorang juruterbang lakonan Aedy Ashraf, Shafinaz terpaksa merahsiakan hubungan tersebut untuk mengelak privasi mereka diganggu.
Datin Rose perlukan duit untuk melangsaikan hutang Ah Long, Datin Seri Azlina pula syak suaminya mempunyai skandal. Gosip Shafinaz pula bertambah panas apabila dia dituduh perampas suami orang.
Bagaimana mereka mahu menyelesaikan masalah masing-masing? Adakah persahabatan Rose, Azlina dan Shafinaz akan menjadi semakin akrab atau sebaliknya?
Tonton secara eksklusif hanya di iQiyi sekarang!
Penonton digital boleh menyaksikan drama ‘Shah Alam 40000’ terlebih dahulu di platform iQiyi sebelum ianya ditayangkan di TV.
Jangan lupa untuk menonton gelagat tiga wanita hebat ini menempuhi dugaan dan cabaran dalam drama bersiri Shah Alam 40000, yang disiarkan setiap hari bermula 29 Mac 2021 hingga 30 April 2021 pada 12 tengahari menerusi www.iQ.com/local atau memuat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQIYI.
Drama ini diberikan secara percuma dan pelanggan VIP iQiyi dapat menikmati tontonan 6 episod lebih awal.