seismik

Kisah ‘Golongan Kayangan' Dalam Shah Alam 40000. Tonton Secara Eksklusif Hanya Di iQiyi!

Download aplikasi iQiyi & tonton sekarang!

Cover image via iQiyi

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Peneraju khidmat penstriman terbesar, iQiyi International, dan produksi serta pengedar kandungan tempatan terulung, Primeworks Studios mengumumkan drama bersiri ‘Shah Alam 40000’ akan ditayangkan secara eksklusif di platform iQiyi pada setiap hari bermula 29 Mac 2021. Drama ini juga akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Image via iQiyi

Drama bersiri berdurasi 60 minit dan mengandungi 28 episod ini dibintangi Anna Jobling, Rita Rudaini dan Umie Aida adalah cerita rekaan semata-mata.

Ia menceritakan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz Mckenzie.

Masing-masing menyimpan rahsia tersendiri sehinggalah ia terbongkar dan menyebabkan berlakunya insiden yang tidak diingini. Adakah persahabatan mereka semakin akrab atau sebaliknya?

Tonton secara eksklusif hanya di iQiyi sekarang!

Image via iQiyi

Menurut Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, beliau yakin drama ‘Shah Alam 40000’ dapat menarik minat penonton dan menyaksikannya secara atas talian di mana sahaja berada.

"Kami sangat gembira kerana usaha sama dengan iQiyi meneruskan tradisi kami dalam mengembangkan dan berkongsi program terbaik seperti ‘Shah Alam 40000’ sekaligus meluaskan kadar pengguna premium bukan sahaja di Malaysia. 

Pelakon yang hebat, drama yang berkualiti ditambah pula dengan gabungan misteri dan suspen ini, kami pasti dapat menarik peminat di mana sahaja mereka berada," katanya.

Drama ini diberikan secara percuma dan pelanggan VIP iQiyi dapat menikmati tontonan 6 episod lebih awal

Image via iQiyi

Sementara itu Pengurus Negara iQiyi di Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam berkongsi keterujaan dengan pelancaran drama hasil kerjasama bersama Primeworks Studios ini. 

Jelas Dinesh, menerusi tayangan awal yang ini, penonton digital boleh menyaksikan drama ‘Shah Alam 40000’ terlebih dahulu di platform iQiyi sebelum ianya ditayangkan di TV.

Jangan lupa untuk menonton gelagat tiga wanita hebat ini menempuhi dugaan dan cabaran dalam drama bersiri Shah Alam 40000, yang disiarkan setiap hari bermula 29 Mac 2021 hingga 30 April 2021 pada 12 tengahari menerusi www.iQ.com/local atau memuat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQIYI

Drama ini diberikan secara percuma dan pelanggan VIP iQiyi dapat menikmati tontonan 6 episod lebih awal.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: