seismik

Elak Strok Haba, KPM Benarkan Guru & Pelajar Pakai Baju Sukan Jika Berdepan Cuaca Panas

Pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan.

Cover image via Pendidik2u & Utusan TV

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia kini sedang dilanda cuaca yang sangat panas dan kering sehingga menyebabkan berlakunya strok haba

Strok haba telah menyebabkan beberapa kes kematian berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Tidak dinafikan, cuaca yang panas ini juga membuatkan ramai ibu bapa bimbang jika anak-anak terdedah kepada matahari apabila berada luar rumah, khususnya sekolah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sekolah Kebangsaan Kelibang (Blogspot)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beri kebenaran pelajar dan guru untuk memakai baju sukan

Susulan perubahan iklim berpanjangan yang berlaku, KPM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pelajar sekolah dan guru dibenarkan untuk memakai pakaian sukan apabila berhadapan cuaca panas ini.

Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan para pelajar dan guru-guru. Manakala, bagi murid yang berpakaian seragam sekolah, pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan.

Lihat kenyataan rasmi KPM di bawah:

Oleh itu, bagi menghindari dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini, ibu bapa disarankan untuk memastikan supaya anak-anak:

- Minum air secukupnya.

- Memakai pakaian yang nipis dan berwarna cerah.

- Hadkan waktu berada di luar rumah.

- Dapatkan rawatan sekiranya mempunyai simptom strok haba.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: