Lihat Persembahan Memukau Ahli Silap Mata, Eric Chien, Juara Asia's Got Talent Musim Ke-3
Berdasarkan persembahannya, Eric Chien memang layak untuk menang!
Eric Chien, ahli silap mata dari Taiwan telah muncul juara dalam pertandingan Asia's Got Talent musim ketiga
Pemenang Asia's Got Talent (AGT) ditentukan berdasarkan sistem pengundian para penonton yang mana pengumuman tersebut telah dibuat secara langsung sekitar jam 10.30 malam pada 11 April dari Marina Bay Sands, Singapura, di mana acara final pertandingan itu diadakan.
Sementara itu, Yaashwin Sarawanan atau lebih dikenali sebagai Human Calculator dari Malaysia telah mendapat naib juara manakala Power Duo yang terdiri daripada dua orang penari dari Filipina pula mendapat tempat ketiga.
Selaku juara, pemuda berusia 26 tahun itu telah berjaya memenangi hadiah lumayan sebanyak $100,000 USD, menewaskan 8 lagi peserta yang terdiri daripada pelbagai negara di seluruh pelusuk Asia.
"Saya mempunyai banyak keraguan tentang diri saya tetapi kemenangan ini telah memberi saya keyakinan.
Saya akan terus berkongsi silap mata saya dengan dunia dan saya tahu saya akan melakukan lebih baik pada masa akan datang," kata Eric sejurus selepas kemenangannya.
Kalau diikutkan, kemenangan Eric Chien dalam pertandingan pencarian bakat paling popular di seluruh Asia ini memang tidak diragui lagi. Manakan tidak, setiap kali ahli silap mata ini membuat persembahan, dia berjaya membuat bukan sahaja para juri bahkan penonton juga seakan-akan terkesima dan terpukau dengan pertunjukkannya.
Tidak percaya?
Lihat sendiri kesemua persembahan Eric Chien sepanjang berlangsungnya pertandingan Asia's Got Talent musim ketiga: