Fokus & Memori Anak Terjejas Akibat Skrin? Pakar Tampil Kongsi Kepentingan Mengenai Nutrisi Minda
Kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun tidak seharusnya terdedah kepada skrin melebihi satu jam sehari.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Trend penggunaan peranti digital sebagai 'pengasuh moden' dalam kalangan keluarga kini mencetuskan kebimbangan pakar
Pendedahan skrin yang berlebihan bukan sahaja menjejaskan fokus dan pola tidur, malah memberi tekanan kepada sistem saraf kanak-kanak yang sedang membesar.
Menyahut cabaran era digital ini, syarikat kesihatan tempatan, Eskayvie, memperkenalkan wajah baharu dan formulasi dipertingkat bagi produk Mindtropic dan Mindtropic Junior. Pelancaran ini adalah teras kepada kempen "Serlahkan Potensi Anak Anda" yang bertujuan memperkasakan peranan ibu bapa dalam menyokong perkembangan minda seawal usia.
Menurut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun tidak seharusnya terdedah kepada skrin melebihi satu jam sehari. Namun, realitinya jauh berbeza dalam rutin harian masyarakat hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie merangkap formulator produk, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, menjelaskan bahawa rangsangan visual yang melampau daripada peranti digital menuntut kestabilan sistem saraf yang lebih tinggi.
"Nutrisi memainkan peranan kritikal dalam membentuk sambungan sel-sel otak yang berkait rapat dengan memori dan fokus. Apabila nutrisi yang betul disokong dengan rangsangan yang sesuai, ia membantu anak-anak membina keyakinan diri dan mengekalkan tumpuan," ujar beliau.

Datuk Aznil Nawawi (kiri) pada majlis pelancaran produk Eskayvie Mindtropic & Mindtropic Junior yang kini tampil dengan formulasi dan wajah baharu baru-baru ini.
Image via EskayvieInovasi formulasi, perlindungan mata & kestabilan saraf
Eskayvie membawa pembaharuan saintifik dalam kedua-dua varian produk mereka:
- Mindtropic Junior (12 tahun ke bawah): Kini diperkaya dengan Lutein, nutrien penting yang bertindak sebagai pelindung mata daripada kesan cahaya biru (blue light) akibat penggunaan peranti digital.
- Mindtropic (13 tahun ke atas): Diperkukuh dengan campuran beri, ubi bit, dan Magnesium Glycinate untuk menyokong fungsi kognitif serta kejelasan mental yang lebih tajam.
Dalam majlis yang sama, Eskayvie turut memperkenalkan Owi, watak ikonik yang melambangkan rasa ingin tahu dan potensi setiap anak. Kehadiran Owi bertujuan menyampaikan mesej 'Booster Minda' dengan cara yang lebih mesra dan dekat dengan dunia kanak-kanak.
Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi, yang turut hadir menyeru ibu bapa agar mencari titik keseimbangan antara teknologi dan pertumbuhan semula jadi.
"Teknologi memang membantu, tetapi tanpa keseimbangan nutrisi dan sokongan mental, perkembangan minda anak-anak boleh terjejas," kata tokoh penyiaran yang mesra disapa Pak Nil itu.

Gambar sekadar hiasan
Image via Berita HarianImage viaPengasas dan Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar strategi perniagaan, tetapi merupakan tanggungjawab sosial dalam membentuk kualiti generasi masa depan negara.
"Setiap produk Eskayvie melalui penyelidikan rapi oleh pasukan profesional yang terdiri daripada doktor, pakar nutrisi, dan dietitian bagi memastikan ia selamat dan relevan dengan gaya hidup moden," ujarnya.
Maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Mindtropic boleh didapati melalui laman web rasmi di www.eskayvie.com.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via