seismik

Gadis 'Begitu Syulit' Buat Hal Lagi, Lepas Nama Rehan Kini Irfan Pula Yang Kena Petik

Irfan ni datang dalam mimpi dia juga ke?

Cover image via @aqeem_0 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak akhir-akhir ini, lagu ‘begitu syulit lupakan Rehan’ menjadi fenomena di TikTok

Gadis bernama Intan Lembata Bunting yang berasal dari Indonesia itu menjadi tular selepas videonya menyanyikan lagu tersebut digunakan sebagai bahan lawak dan parodi warganet di media sosial.

Selepas teka-teki dan identiti Rehan sudah diketahui ramai iaitu bayangan seorang lelaki yang datang dalam mimpinya, gadis berkenaan telah menyanyikan lagi satu lagu. Kali ini, nama Irfan pula dipetik.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak pasal-pasal semua lelaki nama Irfan hadir di ruangan komen

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aqeem_0, kelihatan gadis itu sedang membuat live di TikToknya sambil menyanyikan sebuah lagu.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila nama lelaki yang disebut dalam lagunya kali ini bukan lagi Rehan, tetapi Irfan.

Perkara itu membuatkan para warganet terhibur dan pening kepala mencari siapa pula Irfan yang dimaksudkannya itu.

"Baik kau datang balik Irfan sebelum dia petik semua nama" - Warganet

Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 1.2M views, 71.8K likes dan 12.8K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat live gadis berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lepas ni nama siapa pula agaknya dia nak masukkan dalam lagu eh? :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: