x

seismik

[VIDEO] "Siap Pegang!" - Gadis Dapat Hadiah Cicak Daripada Adik Ini Buat Ramai Rasa Geli

Adik dia ni pun sejenis nakal!

Cover image via @nashameow (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, ada sesetengah haiwan yang menggelikan kerana kulit badan mereka kasar atau menggerutu

Salah satunya adalah seperti cicak, rata-rata orang pasti geli dengannya. Bayangkan saja pun dah geli, apatah lagi jika memegang haiwan itu.

Namun, tular sebuah video di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang wanita menerima hadiah cicak daripada adiknya mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba pegang cicak yang dihadiahkan oleh adik

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang membuka sebuah bungkusan hadiah di atas katil bilik tidurnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mendapati seekor cicak berada di dalam bungkusan tersebut. Lebih mengejutkan lagi apabila gadis itu dilihat selamba memegang cicak itu di atas katilnya.

Tambahan lagi, dia sempat meletakkan cicak itu di atas mask dan menghayunkan seperti buaian. Perkara itu membuatkan netizen merasa geli.

"Buai laju laju sampai pokok sena cicak lari laju, saya lari saja" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa geli dengan cicak itu. Malah, ramai yang terpegun melihat gadis itu selamba memegang cicak. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.4M tontonan, 211K tanda suka, 10.2K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain macam adik dia ni, kakak dia pun selamba pegang! T.T

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: