seismik

Gadis Ini Guna Drone Untuk Hasilkan Selfie Yang Epik Gila

Tak mainlah selfie dengan monopod. Lihatlah apa yang gadis ini gunakan dan apa hasilnya, pasti kamu akan kagum.

Cover image via Instagram

Selfie dengan monopod memang telah lama popular di Malaysia. Batang besi automatik ini memang membantu mereka yang ingin ambil gambar sendiri.

Jurugambar tersohor Malaysia, Saiful Nang pun guna monopod untuk berselfie

Image via Facebook Saiful Nang

Tetapi selfie canggih gadis dari Los Angeles ini pasti akan buatkan kamu rasa seperti nak sorok jauh-jauh monopod kamu

Image via Dailymail.co.uk

Renee Lusano merupakan seorang pereka dan pelukis yang berasal dari San Francisco. Dia juga seorang pengembara tegar dan mempunyai laman *travelouge*nya sendiri di wrenee.com. Akaun Instagram beliau telah ditulis di laman-laman popular seperti Buzzfeed, Dailymail dan Nastygal.

Ketika pertama kali Renee mendapat drone, dia berniat hendak menggunakannya untuk 'penerbangan' biasa sahaja..

..sehinggalah dia bereksperimentasi menggunakan drone untuk selfie yang epik seperti ini:

Renee ingin berkongsi selfie yang bukan sekadar memaparkan wajahnya, tapi turut memasukkan suasana kawasan dia berada. Dengan adanya drone, hasratnya itu tercapai.

Setakat ini, Renee telah mengembara ke Bali, Jawa Barat, Filipina, Rusia dan banyak lagi tempat-tempat lain lagi.

Renee ketika di Bali.

Image via wrenee.com

Sebagai pengembara tegar, Renee mahu berkongsi tempat yang indah dah menarik yang dia kunjungi dengan lebih 8,000 pengikut Instagramnya

Melihat kreativiti beliau dalam menggunakan drone untuk mengambil video selfie yang canggih seperti ini membuatkan kami terasa nak beli drone

Rasa macam tak puas pula tengok hasil selfie dari drone di Instagram Renee ini. Semuanya kreatif dan mengagumkan.

Kalau dapat video selfie sehebat ini pasti dapat beribu-ribu Likes di Instagram, confirm.

Mungkin selepas melihat hasil kerja Renee, kamu rasa teruja pula hendak membeli drone. Tetapi perlu diingatkan, undang-undang drone di luar negara mungkin berbeza dengan negara kita

Menurut Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), sesiapa yang mahu membeli drone perlu mendapatkan kelulusan DCA. Mereka juga tidak dibenarkan mengendali drone melebihi paras ketinggian 400 kaki dan tidak boleh menerbangkannya di ruang awam atau di ruang udara larangan.

theantdaily.com

Seorang lelaki pernah dikecam selepas memuatnaik beberapa gambar aerial kapal terbang yang sedang mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur di laman Instagram beliau. Gambar itu sememangnya mengagumkan namun kebimbangan lain timbul terhadap keselamatan penggunaan drone dikawasan berdekatan lapangan terbang. Lelaki yang menggunakan nama akaun yengnasir itu kemudian telah menutup akaun Instagram beliau.

blogspot.com

Kalau kamu dah nekad nak beli drone, cadangan drone terbaik kami adalah Lily The Drone:

Tapi kalau belum berkemampuan guna drone, tak ada salahnya terus memakai monopod untuk berselfie. Tapi jangan sampai jadi seperti kisah ini:

Apa-apapun, berselfielah dengan selamat

You may be interested in: