seismik

[VIDEO] Gadis Panik Berenang Sebelah Ikan Paus Masa Snorkeling, Rakannya Pula Buat Lawak

Kawan dia dah takut sampai angkat kaki dah.

Cover image via @saalhaerid (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aktiviti air seperti scuba diving memang seronok dan sangat digemari ramai orang

Iyalah, anda akan dapat melihat pelbagai jenis ikan dan tumbuhan di dasar laut. Memang cantik dan penuh dengan warna-warni. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis berenang sebelah ikan paus semasa scuba diving telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Panik dan terkejut sebelah ada ikan paus, kawan pula sempat bergurau

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menyertai aktiviti scuba diving di sebuah pulau di Indonesia. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia terkejut dan panik kerana ada ikan paus yang besar berenang disebelahnya secara tiba-tiba. 

Seorang penyelia di situ dilihat menenangkan gadis itu tetapi kawannya pula buat dia makin gelabah. Rakannya berkata ikan itu tak gigit, cuma akan ditelan. Perkara itu membuatkan dia semakin panik. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Dia baru nak rasa tenang tiba-tiba dengar paling ditelan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.4M tontonan, 356K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu dengan gurauan rakannya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Member mesti dalam hati tahan maki je kawan dia gurau macam tu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: