seismik

"Macam Mana Pergi Kerja" - Lalu Terowong, Pemuda Ini Kongsi Laluan Pekerja R&R Di TikTok

Oh baru tahu!

Cover image via @syahirnordin_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita sering tertanya-tanya bagaimana pekerja di R&R pergi kerja bukan?

Kita sering lihat tiada laluan untuk mereka dan sering anggap mereka akan memandu atau menunggang motosikal di lebuh raya juga bukan? 

Rupa-rupanya tidak, mereka memang mempunyai satu laluan di belakang R&R seperti yang ditunjukkan oleh seorang pemilik akaun TikTok telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Ada laluan dari belakang R&R untuk hentian utara dan selatan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang merakam sebuah content dan dimuat naik di aplikasi TikTok.

Apa yang menarik perhatian adalah dia menunjukkan jalan atau laluan yang sering digunakan oleh pekerja R&R untuk menghala ke tempat kerja mereka. Dia juga dilihat lalu di sebuah terowong

Rupa-rupanya, di belakang R&R mempunyai jalan kampung yang membolehkan anda sampai ke hentian terdekat.

"Alhamdulillah, dah 19 tahun baru tahu, terima kasih bang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 937K tontonan, 135K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut mempelajari perkara baru. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terima kasih bang bagitahu kitorang! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: