seismik

"Gelak Jemaah" - Gadis Terjatuh Masa Main Bowling, Nasib Baik Rakan Berlari Nak Tolong

Ni spesial kes ni.

Cover image via @n.chaeryen (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Permainan bowling memang digemari ramai orang

Bukan setakat cara main yang senang, ia juga merupakan sukan indoor yang menarik perhatian ramai. Rata-rata semua di sini pasti pernah bermain bowling bukan? Memang seronok sebab hanya baling saja. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis jatuh tersungkur semasa main bowling telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Konfiden jalan ke arah laluan bowling, sekali jatuh sebab licin

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang bermain bowling di pusat bowling bersama rakan-rakannya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang gadis jatuh tersungkur semasa dia membaling bowling itu.

Lebih melucukan lagi adalah apabila dua rakannya gelak besar melihat rakan mereka jatuh. Mujur, salah seorang rakan bertindak berlari dan membantu gadis itu.

"Punya lah bagus member tu gelak sambil tolong" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 121K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gadis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagus kawan tu, sambil gelak sambil tolong! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: