Gagal Tahan Air Mata, Atlet Badminton Ini Terima Kata Semangat Daripada Netizen. Sebak!
Kami tetap bangga dengan awak Goh Liu Ying!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Satu dunia kini hangat dengan kemeriahan Olimpik Tokyo 2020 dan semestinya kita semua bangga dengan atlet-atlet wakil daripada Malaysia
Meskipun ada yang kalah, namun kita seharusnya bangga kerana bukan mudah untuk mereka melayakkan diri ke Olimpik Tokyo ini yang sepatutnya berlangsung pada tahun lepas.
Terbaru, wakil beregu campuran negara iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying gagal untuk menutup kemenangan dalam sukan badminton yang menentang pemain dari China, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping.
Disebabkan gandingan profesional negara itu gagal meraih sebarang kemenangan, Goh Liu Ying tidak dapat mengawal tangisannya apabila ditemu bual selepas perlawanan tersebut dan mencuri perhatian di laman TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Alami kecederaan dan masih bertahan sehingga habis perlawanan
Menerusi perkongsian video daripada @abang_jalii, kelihatan dua pemain badminton negara itu sedang ditemu bual oleh salah seorang wartawan dari Malaysia.
Menurut Chan Peng Soon, pasangannya itu mengalami kecederaan semasa permainan berlangsung tetapi dia tetap meneruskan perjuangan sehingga habis perlawanan.
Apa yang menyentuh hati netizen adalah apabila wartawan itu bertanya mengapa dia tetap bertahan walaupun sakit, Goh Liu Ying berkata itu adalah impian ayahnya membuatkan dia tidak dapat menahan air mata.
"Walaupun ini mungkin kecewa dalam Olimpik ni tapi saya rasa saya tahan sampai sekarang memang berbaloi and terima kasih kepada semua supporter kat Malaysia sebab sudi support saya lah. Tak kisah mungkin bagus atau tidak, saya jatuh saya bangun bangkit semula, selalu di sisi saya. Terima kasih," katanya sebak.
"It's okay, takda siapa yang pergi tournament nak kalah. Yang penting diaorang dah buat yang terbaik. We proud of you both!" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang telah mendapat 71.4K tontonan, 5.7K tanda suka dan 95 perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut merasa sebak selepas melihat bagaimana kecewanya Goh Liu Ying ketika itu.
Malah, ramai yang tetap memberikan kata-kata semangat serta sokongan padu buat pasangan beregu negara itu yang pernah memenangi pingat perak semasa Olimpik Rio 2016 dulu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
We go your back Goh Liu Ying! Anda berdua dah buat yang terbaik, tahniah sebab dapat masuk Olimpik Tokyo 2020! <3