[VIDEO] Masih Tak Puas Main Lumpur, Adik Beradik Ini Pakat Join Gimnastik Berirama Pula
Makin lama makin menarik idea diaorang ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah pasti ramai di antara anda mengenali adik-beradik yang sering tular di laman TikTok gara-gara bermain lumpur bukan?
Tidak dapat dinafikan, sememangnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai yang bosan dan tidak tahu nak buat aktiviti apa di rumah. Maka, datanglah macam-macam idea bersama adik-beradik untuk menghilangkan rasa bosan.
Sama seperti video yang tular di laman TikTok baru-baru ini memaparkan gelagat tiga beradik yang bermain lumpur melakukan aksi gimnastik dan acara renang membuatkan ramai gelak sakan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat hal join gimnastik berirama dan acara renang paralimpik pula
Menerusi video yang dimuat naik oleh @faisal.suhaimi, kelihatan mereka tiga beradik masih sakan bermain lumpur di kawasan rumah mereka itu.
Kali ini, mereka menunjukkan aksi ahli gimnastik pula. Lebih menghiburkan adalah mereka sangat kreatif menggunakan props seperti tali, gelung dan bola sambil membuat pelbagai gerakan mengikut irama lagu.
"Weh dekah siak tapi yang gelung tu paling perform lah hahaha" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 2.1M views, 263K likes dan 24.5K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat adik-beradik itu yang tidak kering idea melakukan aktiviti sukan lumpur bersama.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: