seismik

[VIDEO] Kantoi Main Lumpur, Tiga Beradik Ini Lari Tak Cukup Tanah Bila Nampak Kelibat Ayah

Teringat zaman childhood!

Cover image via @sharifdaznisuhaimi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semakin meningkat dewasa, sudah pastinya kita akan rindukan zaman kanak-kanak bukan?

Namun, apa salahnya kalau sekali sekala kita mengimbau kembali zaman kecil yang tidak perlu memikirkan masalah dunia itu.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman TikTok ini apabila gelagat tiga beradik kantoi bermain lumpur mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sharifdaznisuhaimi

main lumpur gais @faisal.suhaimi @faizaldanialsuhaimi

original sound - SHARIF DAZNI SUHAIMI

Sakan main lumpur kalah budak kecil, sekali menggelupur lari bila nampak ayah datang

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sharif Dazni Suhaimi, kelihatan dia dan dua lagi adik-beradiknya sedang seronok bermain lumpur di kawasan bukit berdekatan rumah mereka.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila mereka kemudian dilihat kelam kabut berlari apabila ternampak ayah mereka muncul di situ.

Lebih menghiburkan lagi, mereka berkaki ayam dan terpaksa menahan sakit apabila memijak jalan yang penuh batu tajam itu.

"Dah boleh jadi bapak orang tapi dia punya perangai hahaha" - Warganet

Ikutan tularnya video tersebut yang kini meraih 756.2K tontonan, 76.1K tanda suka dan 2.5K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat tiga beradik itu.

Malah, ada yang sempat meluahkan rasa rindu zaman kecil mereka dan berkongsi pengalaman sama.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Aduhai, lawaklah masing-masing. Nasib baik tak kena tibai dengan ayah :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: