Hans Isaac Bakal Mendirikan Rumah Tangga Bersama Miss Universe Malaysia – “Dia Cakap Ya!”

"Tiada lagi."Hans bila nak kahwiinnnn?"

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, 55, berkongsi bahawa dirinya bakal bergelar suami tidak lama lagi

Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Hans yang juga seorang pengarah dan pelakon berkongsi saat bermakna ini untuk orang ramai.

"Dia Cakap Ya! Selamanya insan kesayangan saya. Menuju alam keabadian bersamamu, bakal isteri Kayan/Iban saya. Keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dia bersetuju.

"Dia kini kekal bersama saya. Tiada lagi… "Hans bila nak kahwiinnnn?",
tulisnya.

Hans belum pernah lagi berkahwin tetapi pernah bertunang sebanyak dua kali, tetapi kedua-dua hubungan itu terhenti sebelum ke jenjang pelamin.

SAYS.com
Image via @hansisaac & @francisca.luhong (Instagram)

Wanita pilihan Hans Isaac adalah Miss Universe Malaysia 2020

Wanita yang menjadi pilihan Hans adalah Francisca Luhong James, 31, anak jati Kuching, Sarawak yang juga model yang pernah dinobatkan Miss Universe 2020.

Francisca pernah mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2020, turut berkongsi berita menggembirakan ini di laman sosial miliknya.

Hans telah menerima ribuan ucapan tahniah daripada rakan selebriti negara dan ratusan komen dengan ucapan tahniah dari pengikut dan peminatnya.

SAYS.com
Image via @hansisaac & @francisca.luhong (Instagram)

Melihat gambar yang dikongsikan Hans telah melamar Francisca di Paris, Perancis.

Difahamkan, satu pengumuman besar akan diumumkan oleh Hans tidak lama lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS