Kutipan Tabung Khas Imam Tarawih Cecah RM30,000, Imam Hanya Terima RM3,000 Sahaja

Apabila ada masalah dengan hati.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini muncul isu sebuah masjid didakwa hanya memberikan bayaran RM3,000 kepada dua imam tarawih jemputan

Difahamkan, jumlah sebenar tabung khas yang telah dikhususkan untuk imam tarawih telah mencecah hampir RM30,000 hasil derma dari jemaah.

Kedua-dua imam itu telah dijemput untuk solat sunat tarawih sepanjang 28 Ramadan. Satu tabung khas telah diadakan oleh pihak masjid pada asalnya untuk memberi peluang kepada jemaah menyumbang untuk perkhidmatan kedua-dua imam tersebut.

Tetapi seorang individu di Threads mendakwa, kedua-dua imam itu hanya menerima bayaran yang tidak sepatutnya setelah berlakunya sikap tidak berpuas hati dalam kalangan pengurusan masjid.

Image via @naufalahmadadham (Threads)

"Pengalaman menguruskan tabung khas imam tarawih. Bilal bendahari tak puas hati. Sebab tabung khas imam tarawih untuk dua imam jemputan. Kutipan sehingga 28 Ramadan. Hampir 30k. Bilal hasut nazir. Mesyuarat bersama dengan ahli mesyuarat. Sepakat bagi RM3,000 sahaja ke imam. Baki masuk pengurusan masjid. Padahal, tabung pengurusan dan infaq sudah ada. Tabung khusus untuk imam tarawih jemputan," dakwanya.

Dilaporkan oleh Kosmo, kejadian itu berlaku ketika lelaki itu sendiri menjadi imam. Dalam masa yang sama, dia juga bertanggungjawab untuk menjaga tabung khusus untuk imam tarawih jemputan.

"Sesiapa yang terlibat dengan pengurusan masjid, cubalah nanti masa bulan Ramadan, buka satu tabung khas untuk imam tarawih dan bilal tarawih. Hasilnya nanti tengoklah, terbuka mata semua. Mereka akan ada yang tidak setuju.

"Masa (kejadian) tu, ana (saya) lah imam tarawih, dalam masa sama saya jaga tabung tu. Tak sangka lah bila buka, nah siap pertikai. Ustaz jadi imam lapan rakaat je pun bukan 20. Weh hang (kamu) ingat nak ulang (mengingati dan baca) al-Quran tak susah ke? Gaduh juga,"
katanya.

Isu ini timbul apabila seorang individu bertanya mengenai sisi gelap menjemput imam tarawih menjadi imam masjid di Threads.

Beberapa orang tampil menceritakan perkara yang hampir sama turut berlaku kepada diri sendiri, kenalan & orang terdekat

Beberapa orang turut menceritakan pengalaman yang hampir sama di mana masjid telah berjanji untuk memberikan sejumlah wang atas perkhidmatan menjadi imam, tetapi tidak membayar seperti yang dijanjikan.

Seorang wanita menceritakan adiknya pernah menjadi seorang imam di satu masjid. Dijanjikan RM4,500 tetapi hanya dibayar RM500 sahaja.

"Adik saya pula ditawarkan jadi imam tarawih untuk sebulan, pihak masjid janji nak gajikan dia RM4500, bila hari terakhir tahu-tahu masjid bagi RM500 je, kesian walaupun adik tu masih pelajar tahfiz tapi tak patut pihak masjid buat macamtu," katanya.

SAYS.com

Gambar janaan AI.

Image via Google Gemini

Seorang lagi pemuda menceritakan dia pernah menguruskan tabung Ramadan sepanjang bulan berkat itu berlangsung.

"Pengalaman saya urus tabung Ramadan sebulan. AJK setuju, Alhamdulillah, dapat RM14k. Tahun seterusnya, dah tak bagi buka tabung imam katanya nanti imam kaya," katanya.

Seorang imam tarawih berkongsi pengalamannya sendiri kerana sudah dimaklumkan dengan satu bayaran, tetapi bayarannya dipotong 50% akibat tidak dapat menghadiri satu malam tarawih atas urusan keluarga yang tidak boleh dielakkan.

"Sebagai imam terawih; saya bertugas di sebuah masjid dan pengerusinya telah maklumkan elaun saya sepanjang ramadan adalah RM1k. Sepanjang bertugas, saya terlepas sehari sebab ada urusan keluarga. Pengerusi kemudian memaklumkan ada penolakan atas ketidakhadiran tersebut dan saya setuju. Malam akhir ramadhan saya menerima elaun rm500 selepas tolak. Maknanya sehari terlepas burn rm500," katanya di Threads.

Ada seorang netizen mengatakan ini semua adalah masalah dengan hati. Masjid sepatutnya diimarahkan manusia.

Ramai terkejut kerana bersoal bagaimana orang yang dekat dengan masjid boleh timbul perasaan tak amanah sebegitu.

Beberapa orang turut mencadangkan sumbangan itu diberi terus kepada imam-imam kerana terdapat banyak tapisan yang mungkin berlaku sebelum atau selepas pemberian daripada jemaah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: