Majlis Kawalan Tembakau Gesa JAKIM Teliti Garis Panduan Pekerja Muslim Jual Rokok & Vape
Difahamkan, garis panduan yang ada setakat ini hanya terpakai untuk penjualan minuman beralkohol sahaja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis Kawalan Tembakau Malaysia menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti garis panduan pekerja Muslim yang menjual produk tembakau dan rokok elektronik
Kumpulan ini mencadangkan garis panduan baharu yang diteliti bagi pekerja Muslim di kedai serbaneka yang menjual minuman beralkohol diperluaskan kepada penjualan rokok dan rokok elektronik (vape).
Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, Setiausaha Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Sha'ani Abdullah mengatakan fatwa sebelum ini telah menyatakan bahawa perbuatan merokok atau menghisap vape adalah haram kerana berbahaya kepada kesihatan.
Fatwa ini menurut beliau tidak menjelaskan mengenai produk itu sendiri serta kegiatan komersial yang berkaitan dengannya.
"Hal ini menimbulkan persoalan sama ada skop panduan agama perlu diperluas untuk merangkumi penjualan, pemasaran, pengedaran dan pemudahan kegiatan komersial berkait produk tembakau dan vape," katanya.
Beliau menambah, perbezaan perlu dibuat antara fatwa mengenai perbuatan merokok dengan tanggungjawab khusus individu yang terlibat dalam rantaian bekalan komersial produk tembakau yang memerlukan panduan agama sewajarnya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Hello DoktorUntuk rekod, merokok telah difatwakan haram sejak tahun 1995 lagi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1995 telah memutuskan merokok adalah haram kerana kesan buruknya terhadap kesihatan. Satu lagi muzakarah khas pada tahun 2015 turut mengeluarkan keputusan yang sama mengenai rokok elektronik dan vape.
Fatwa itu bagaimanapun tidak melarang umat Islam yang bekerja di premis perniagaan yang menjual produk tembakau dan vape.
Terdahulu, Jabatan Mufti Selangor pada tahun 2024 telah menjawab persoalan situasi seorang juruwang Muslim yang mengendalikan urus niaga melibatkan rokok dan produk vape. Perkara itu dianggap sebagai syubhah (meragukan). Ini bermakna perkara ini tidak akan menjadikan keseluruhan gaji pekerja berkenaan haram.
Sha'ani turut mencadangkan kegiatan merokok dan penggunaan vape di dapur serta kawasan penyediaan makanan perlu di pantau kerana ia berkaitan dengan keperluan pensijilan halal.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Royal Children's Hospital"Perlindungan kesihatan awam tidak seharusnya terhenti di ruang makan. Pekerja yang menyediakan makanan juga berhak menikmati persekitaran kerja yang selamat dan bebas asap rokok," katanya lagi.
Sha'ani menegaskan panduan agama, integriti halal, keselamatan pekerjaan dan peraturan kesihatan awam perlu saling melengkapi.
"Kita perlu mengelakkan keadaan apabila larangan agama terhadap produk berbahaya diiktiraf dari segi prinsip, tetapi kegiatan komersial dan amalan di tempat kerja yang berkaitan dengan produk itu masih tidak ditangani dengan secukupnya," tambah beliau.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via