[GALERI] Kek 'Swiss Roll' Ini Cantik Sangat Sampai Tak Sanggup Nak Makan
Memang tak sampai hati.
Terima kasih kepada Internet, sedang kami bersantai-santai melayari laman google, kami telah menemui pelbagai jenis kek gulung yang menarik dan sangat cantik!
Tengok tu, sangat gebu, lembut dan memikat mata yang memandang. Nak makan ke taknak nak makan ke taknak?
Siapa tak terliur tengok gambar ni tak tahulah nak cakap apa. Gaaahhhh!
Boleh tak kalau nak tidur je terus dalam kek gulung ni? Dah macam selimut pun ada jugak.
Macam-macam jenis corak yang kami jumpa dan semuanya cantik-cantik belaka. Contohnya macam corak pokodot (polka dots) dan bunga-bunga kat bawah ni.
Corak buah 'strawberry' pun ada. Lebih menarik, kek gulung ni siap ada buah 'strawberry' itu sendiri kat dalam sebagai isinya. Pergh!
Tapi yang paling kami suka tentunya corak pelangi. Kombinasi warnanya yang pelbagai dan terang-benderang memang sangat menaikkan selera. Rasa macam nak makan sekarang jugak!
Bukan tu je. Corak 'Angry Bird' pun ada! Yang ni lagilah tak sampai hati nak makan sebab comel sangat.
Kek 'swiss roll' ini juga turut mendapat sentuhan moden. Bagi sesiapa yang dah bosan dengan kek gulung yang biasa, apa kata cuba yang ini. Peminat coklat mesti suka.
Kalau anda ingat hanya perisa 'Kit Kat' yang wujud, anda salah. Ada BANYAK lagi perisa coklat yang dijadikan kek gulung. Nampak tak 'Ferrero Rocher'?
Ya, kami tahu memang tak cukup. Jadi kami "belanja" lagi gambar isi dalam kek gulung coklat yang amat menyelerakan ini.
Lepas kami lihat semua gambar di atas, inilah apa yang kami rasa. Anda rasa macam ni jugak?
Jadi apa tunggu lagi. Cari sampai dapat, beli dan terus makan! Itu pun kalau anda sampai hati.