[GALERI] ‘Malaysia Square’ Akan Dibina Di Kota London Setelah Chelsea FC Tumpas
Bukan setakat Chelsea FC, 15 pembida lain turut kalah dalam "perlumbaan" ini.
Cover image via youtube.com'Malaysia Square' akan dibina di tengah Kota London? Biar Betul?
Image via null
Ya, memang benar. Bekas stesen janakuasa ikonik di London, Battersea Power Station akan dibangunkan semula menjadi 'Malaysia Square' yang dilengkapi dengan kawasan kediaman mewah dan pusat beli belah moden.
Image via null
Projek Malaysia Square ini dibangunkan oleh sebuah konsortium Malaysia yang terdiri daripada gabungan tiga syarikat besar iaitu Sime Darby Berhad, SP Setia Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Image via null
Image via null
Menariknya, konsortium ini telah memenangi bidaan membangunkan tapak Battersea dengan bayaran mencecah £400 juta (RM1.95 bilion), mengalahkan bidaan kelab bola sepak gergasi Chelsea FC yang bercadang untuk membina stadium baru mereka di situ
Image via null
Lakaran awal Malaysia Square menunjukkan reka bentuk bandar dua tingkat, dengan jambatan bersepadu dan tangga membentuk 'canyon' yang diilhamkan oleh landskap dan geologi Gua Mulu Di Sarawak
Image via null
Image via null
Image via null
Terdapat juga sebuah 'amphitheatre' akan dibina dengan kehadiran "air pancut lima kelopak" yang diinspirasi oleh kelopak Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia
Image via null
Image via null
Image via null
Di dalam pelan pembangunan ini, Battersea akan dibangunkan semula dengan 600 apartment kediaman, hotel, ruang pejabat, stesen keretapi bawah tanah, taman awam dan pusat beli belah bertaraf dunia
Image via null
Image via null
Image via null
Pelan pembangunan Battersea ini merupakan ilham seorang arkitek berpengalaman dari Uruguay, Rafael Vinoly. Beliau menekankan konsep "keseimbangan menyeluruh" dalam melakar pelan ini.
Image via null
Tapak Battersea sememangnya amat strategik dan popular. Dalam masa empat hari sahaja, 600 apartment kediaman yang ditawarkan telah habis dijual, menjadikannya 'the fastest selling property development on record'!
Image via null
Image via null
Image via null
Selain itu, antara sebab yang menjadikan Battersea lebih ikonik dan bersejarah ialah ia digunakan sebagai set filem The Dark Knight (2008) serta muka depan album Pink Floyd (1977)
Image via null
Image via null
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan projek Malaysia Square pada 1 Disember 2014 bersama Datuk Bandar London, Boris Johnson dalam sebuah majlis di Putrajaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Datuk Bandar London, Boris Johnson merasmikan projek Malaysia Square di Putrajaya.
Image via null
Pembinaan Malaysia Square dijangka siap pada tahun 2019. Jadi, diharap rakyat Malaysia dapat bersabar dan tunggu sehingga projek ini menjadi kenyataan. Ia benar-benar sesuatu yang epik untuk negara kita!
Image via null
