Kreativiti Warga Twitter Tukar Gambar Ini Jadi Poster Filem ‘Memang Out Of The Box’!
Bangga betul bila tengok posting sorang-sorang. Powerlah!
Cover image via Twitter @chighbiBaru-baru ini, seorang pengguna Twitter iaitu @chighbi telah memuat naik satu tweet bersama gambar untuk bertanyakan pendapat tentang tajuk sesuai jika ianya dijadikan sebagai poster filem
Tidak disangka, tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai juga pengguna Twitter yang lain. Tweet itu mendapat lebih 3k retweets, 6k likes dan juga hampir 600 orang membalasnya dengan hasil kerja masing-masing yang begitu kreatif.
Bukan biasa-biasa beb!
Image via Twitter @chighbi
Mana tidaknya, gambar cantik seperti ini memang akan membuatkan orang ramai berfikir luar kotak.
Menurut tuan punya badan, gambar ini telah ditangkap oleh seorang yang sangat berbakat iaitu @keywai_ dengan menggunakan Google Pixel 3.
Ingin lihat betapa kreatifnya warga Twitter? Boleh check out hasil artwork mereka di bawah:
1. Bayangan Dendam
2. Gadis Ayam Penyet | 32 Jan 2019. Ada pula tarikh tu…
3. Gadis Litar
4. Avengers. Power ah!
5. Munafik 3 akan datang, woah! Memang sesuai sangat.
6. CHIBCHIB: Warisan Wanita Melayu Terakhir.
Ini pun nice gila!
