Gara-gara Kecuaian Ibu, Bayi 10 Bulan Tertelan Pin Tudung Bersaiz 3 Sentimeter
Sekarang ibu nak melawa pun kena berkira-kira dulu.
Gambar x-ray seorang bayi berusia 10 bulan menjadi viral semalam gara-gara pin tudung yang berada di dalam paru-paru bayi berkenaan
Laporan Harian Metro menjelaskan bahawa kes bayi lelaki berusia 10 bulan tertelan pin tudung yang viral sejak semalam adalah benar dan bayi itu kini dilaporkan stabil.
Jurucakap Hospital Kuala Lumpur berkata, bayi itu dibedah semalam dan pin yang tersangkut di paru-parunya sudah dikeluarkan.
"Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU) dan kini dilaporkan stabil serta masih dalam pemantauan doktor," katanya.
"Si ibu memakai pin tudung di bahu, kemudian mendukung bayi berkenaan."
"Anak kecil itu kemudiannya bermain-main dengan pin tersebut lalu bertindak menelannya.
"Dan jika dilihat pin tudung itu sudah pun terbuka. Kepada kaum ibu terutamanya, jangan biarkan anak anda bermain dengan barang kecil seperti pin tudung dan butang baju.
"Sayangilah keluarga anda, sentiasalah beringat. Doakan anak syurga ini untuk kembali sihat seperti sebelumnya. Aaminn.." itu antara kata-kata yang diambil daripada Ummi Qayyum di Facebook.
Semoga kes adik Muhammad Naufal ini menjadi pengajaran buat ibu-ibu di luar sana untuk lebih peka dan berhati-hati
Pastikan di atas bahu anda tiada sebarang pin, kerongsang mahupun jarum peniti kerana dikhuatiri anak anda bermain dengannya lalu menelan barang tersebut terutamanya ketika anda mendukung mereka.
Janganlah terlalu memikirkan gaya tanpa mengambilberat perihal keselamatan anak-anak.
Kepada adik Muhammad Naufal, semoga cepat sembuh!