seismik

Gara-Gara Takut Karipap Habis, Reaksi Adik Ini Bila Kakak Kejut Bangun Tidur Curi Tumpuan

Adik dia pun terus bangun ya.

Cover image via @nikazrinnatasya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Usik mengusik dan bergaduh manja dalam kalangan adik beradik merupakan satu perkara yang normal

Mereka ini boleh menjadi teman rapat tetapi dalam masa yang sama musuh utama kita. Setiap hari, pasti ada sahaja perkara yang dilakukan untuk mencari pasal sesama sendiri bukan?

Lagi-lagi, berkenaan dengan cara kejut bangun tidur. Kalau tak jerit-jerit atau main simbah air memang bukan adik beradiklah. Kadangkala hal ini boleh jadi punca satu rumah bergegar sebab bergaduh tau.

Namun, lain pula yang terjadi baru-baru ini apabila seorang gadis mengejut adik perempuannya bangun tidur dengan cara yang melawan hukum adik beradik telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nikazrinnatasya Kak penyayang kan mesti suap adik dia makan jangan kecam tau just gurau jaa nama pon adik beradik mesti ada gurauan tu kan#viral #fyp #jangankecam #imaddictedto original sound - _nikkk

Walaupun tengah sedap tidur, tetapi terus bangun sebab nak makan karipap

Menerusi video yang dikongsi oleh @nikazrinnatasya, kelihatan seorang gadis berada di dalam bilik bersama adiknya yang sedang tidur nyenyak. 

Namun, gadis itu mendapat akal untuk mengusik adiknya yang sedang tidur. Lalu, dia pun memanggil adiknya bangun dengan suara yang lembut. Apabila si adik membuka mata lalu dia pun terus menyuap sebiji karipap ke dalam mulut adiknya. 

Gadis itu juga menggesa adiknya cepat bangun dengan berkata karipap tersebut sudah hampir habis. Apa yang melucukan adalah apabila si adik tidak mengamuk dikejut begitu malah terus bangun dan menuju ke dapur. 

"Soft je dia kejut adik dia, kalau kakak aku kejut, sampai nak terkeluar roh!" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 2M tontonan, 237.9K tanda suka dan 2.5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Malah, ada juga yang berkongsi bagaimana mereka dikejutkan oleh adik beradik masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:



Aduh kelakarnya, karipap tu memang sedap sangat ke? Bersungguh betul bangun sebab nak makan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: