"Kami Sokong G25 Sepenuhnya" - 48 NGO Laung Solidariti Terhadap Datuk Noor Farida

Selepas dikecam teruk dan menerima ancaman seksual, 48 NGO bangkit pertahankan Datuk Noor Farida dan G25.

  • Cover image via SAYS

Mungkin ramai dah tahu, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin sebelum ini menentang hukuman berkhalwat jika dilakukan di rumah yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang

Gambar sekadar hiasan.

Image via lantakhangpala.blogspot.my

Kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan netizen di laman sosial. Masing masing menganggap fahaman Datuk Noor Farida terlalu liberal sehingga mencemarkan kesucian agama Islam.

Oleh sebab mengeluarkan kenyataan sebegitu, polis mengesahkan Noor Farida sedang disiasat kerana menghasut

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye.

Image via www.thestar.com.my

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye memberitahu satu laporan terhadap Noor Farida dibuat di negeri itu pada 5 Disember.

"Kami hanya menyiasat laporan terhadap beliau. Laporan polis itu dibuat di sini dan ia hanya satu prosedur biasa apabila kami menyiasatnya," kata Chuah.

themalaysianinsider.com

Susulan daripada itu, 48 kumpulan sivil menyatakan solidariti kepada Noor Farida yang kini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Selain itu, Noor Farida juga dikatakan berdepan ancaman seksual baru-baru ini.

Noor Farida merupakan anggota G25 kedua disiasat di bawah Akta Hasutan.

Image via www.themalaymailonline.com

Plan of Action for Malaysia (PoAM) dalam satu kenyataan hari ini (18 Disember 2015), mengutuk usaha mengugut dan mendiamkan kumpulan G25.

PoAM berkata, sesuatu yang "sangat menjijikkan dan menjelikkan" apabila Noor Farida diancam dengan serangan seksual di Facebook oleh individu bernama Sharul Nizam Ab Rahim selepas beliau menggesa kesalahan syariah seperti khalwat dikaji semula.

Pengguna Facebook itu menulis, dia akan memecah masuk ke dalam rumah Noor Farida, berbaring di atas katilnya dan "try" (cuba) wanita itu.

themalaysianinsider.com

Menurut PoAM lagi, G25 tidak boleh diharamkan kerana memainkan peranan penting kepada kerajaan mengenai pelbagai isu tadbir urus yang kritikal dan penting bagi mengekalkan cara hidup demokrasi Malaysia

"Tumpuannya terhadap peranan agama merupakan sebahagian penting misinya iaitu untuk berusaha ke arah menjadikan Malaysia model dunia untuk demokrasi pelbagai budaya Islam yang sederhana, harmoni dan progresif serta toleransi.

"Kami bukan sahaja dari kawasan yang berlainan di Malaysia dan mewakili pelbagai sektor masyarakat sivil, tetapi kami percaya, rakyat Malaysia majoritinya menilai dan menghormati suara yang munasabah dan rasional mengenai isu negara seperti G25 dan sebagainya," kata PoAM.

themalaysianinsider.com

Kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) berkata, sangat “memalukan” apabila polis lebih berminat untuk menyiasat kenyataan Noor Farida, berbanding ugutan rogol yang diterimanya dari pengguna Facebook

Penyelaras Kempen Lawyers for Liberty Michelle Yesudas (dua dari kiri) berkata, tindakan polis menyiasat Datuk Noor Farida Ariffin berbanding bertindak ke atas lelaki yang mengancam beliau sebagai sangat ‘memalukan’.

Image via www.themalaysianinsider.com

"Keputusan pihak berkuasa menyiasat Noor Farida berkenaan kenyataannya berbanding ugutan serangan seksual Shahrul Nizam, sangat mengejutkan serta memperlekehkan idea (yang sering kali dilaungkan kerajaan) yang Akta Hasutan 'diperlukan' untuk melindungi keamanan dan kesejahteraan negara ini.

“Ini kerana siasatan itu kini boleh digunakan pengkritiknya untuk 'menghalalkan' kempen awam yang mengganggu dan mengancam beliau,” kata penyelaras kempen LFL Michelle Yesudas dalam 1 kenyataan.

themalaysianinsider.com

"Saya tidak faham mengapa gesaan untuk semak semula undang-undang syariah perlu disiasat di bawah Akta Hasutan," soal Noor Farida.

Datuk Noor Farida Ariffin masih belum dimaklumkan pihak polis berhubung laporan yang mengatakan beliau akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Farida berkata beliau bagaimanapun akan memberikan kerjasama sekiranya pihak berkuasa itu memanggilnya untuk membantu siasatan.

"Jangan sasarkan penyampai, kalau ada masalah, selesaikan masalahnya (don't shoot the messenger, if there is any problem, settle the problem). Sekiranya polis panggil untuk membantu siasatan, saya akan bekerjasama," ujar beliau.

themalaysianinsider.com

Sementara itu, bagi sesiapa yang terkeliru dengan keterangan yang dikeluarkan oleh Dr Maza tempoh hari, sila tonton video di bawah bagi mendapatkan gambaran lebih jelas:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment