2AM Buka Cawangan Pertama Di IOI City Mall, Bawa Inovasi Kasut Cetakan 3D

Teknologi percetakan 3D menjadi teras utama 2AM yang memberikan kebebasan mereka bentuk struktur, fungsi dan gaya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via 2AM

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM, secara rasmi membuat debut runcitnya di Malaysia menerusi pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall, Putrajaya

Pembukaan rasmi pada 28 Ogos lalu memfokuskan pendekatan baharu yang menggabungkan fesyen, teknologi percetakan 3D, serta inovasi produk. Acara berkenaan turut dihadiri barisan selebriti seperti pelakon Azrel Ismail, personaliti media sosial Fiqrie Dahari, dan wakil media bagi menyaksikan sendiri keunikan teknologi serta pengalaman jenama berkenaan.

Teknologi percetakan 3D menjadi teras utama 2AM yang memberikan kebebasan mereka bentuk struktur, fungsi, dan gaya, di samping menggunakan bahan boleh dikitar semula bagi mengurangkan pembaziran berbanding kaedah pembuatan konvensional. Rekaan 2AM menyasarkan pengguna berusia 22 hingga 55 tahun yang mementingkan aspek fesyen, keselesaan dan kualiti.

Operasi tempatan 2AM diterajui oleh Wong Kim Yoong selaku Ketua Jenama & Strategi yang bekerjasama dengan rakan teknologi dari China. Beliau dibantu oleh Lee Wye-Ming sebagai Ketua Runcit & Operasi serta Jolene Phang selaku Ketua Pemasaran.

SAYS.com
Image via 2AM
SAYS.com
Image via 2AM

2AM bakal membuka cawangan kedua di Sunway Pyramid pada 15 September ini

Berbeza dengan kedai kasut biasa, cawangan 2AM di IOI City Mall mengaplikasikan konsep estetik galeri dengan paparan produk yang dipilih secara khusus bagi memberi ruang kepada pelanggan memahami pemikiran reka bentuk di sebalik setiap pasangan kasut.

Mengulas mengenai perancangan masa depan, 2AM bakal membuka cawangan kedua di Sunway Pyramid pada 15 September ini, selain meninjau lokasi strategik lain seperti Pavilion Kuala Lumpur, The Exchange TRX, Mid Valley, 1 Utama dan KLCC.

Jenama ini turut merancang kerjasama bersama penggiat kreatif tempatan serta meneroka penyesuaian saiz dan reka bentuk diperibadikan menggunakan teknologi percetakan 3D bagi pasaran Asia Tenggara dan Jepun.

SAYS.com
Image via 2AM
SAYS.com
Image via 2AM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: