Bekas Anak Yatim Kembali Tabur Bakti, Hadiahkan MacBook Buat ‘Junior’ Cemerlang SPM
Wah beruntung junior tu dapat MacBook. Tahniah dik!
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang bekas penghuni rumah anak yatim kembali membantu adik-adik di tempat dia dibesarkan menyentuh hati ramai
Menerusi perkongsian di Threads, Sahbani Shapudin bersama rakannya, Nurhani Amirah Adenan, membawa seorang penghuni Rumah Anak Yatim Sungai Pinang Klang dikenali sebagai Nik membeli kelengkapan sebagai persediaan melanjutkan pengajian ke universiti.
Lebih istimewa, Nik yang cemerlang dalam SPM 2025 turut menerima sebuah MacBook sebagai hadiah.
"Malam tadi kami bawa Adik Nik, penghuni Rumah Anak Yatim Sungai Pinang Klang yang cemerlang dalam SPM 2025, untuk beli set lengkap baju sebagai persiapan masuk ke Program Asasi Sains Universiti Malaya awal bulan 7 nanti.
"Pencapaian SPM dia memang sangat-sangat membanggakan," katanya.


Untuk pengetahuan, Sahbani sendiri pernah tinggal di rumah anak yatim tersebut sekitar tahun 2002 hingga 2012
Menurutnya, dia dan rakannya kini kerap melawat penghuni di situ serta cuba membantu adik-adik yang mempunyai potensi besar dalam pelajaran.
"Kebetulan juga, aku dulu dibesarkan dekat rumah anak yatim yang sama 2002 hingga 2012.
"Setiap orang ada potensi yang besar di masa depan, jadi bila nampak potensi ini, kami berdua berazam untuk cuba sokong mana yang mampu," katanya.
Difahamkan, Nik bercita-cita mahu menjadi doktor dan turut memegang jawatan ketua pengawas di sekolah.



Lihat perkongsian Threads di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


