Dilema Pelukis Tatu, Serba Salah Bila Pelanggan Muslim Mahu Bertatu – “Haram Di Sisi Islam”

Bagusnya dia, respect!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @comeladelaide (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita yang bekerja sebagai pelukis tatu berkongsi dilema yang dihadapinya apabila menerima permintaan daripada pelanggan beragama Islam yang ingin mencacah tatu pada tubuh mereka

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, situasi tersebut membuatkan dia tersepit antara memenuhi permintaan pelanggan demi keuntungan atau berpegang kepada prinsip bahawa tatu adalah perkara yang diharamkan dalam Islam.

"Saya ingatkan memang Muslim tak boleh bertatu. Lagipun tatu akan bersama kamu sampai kamu mati," katanya.

Wanita itu menjelaskan bahawa dia sering didatangi oleh pelanggan Muslim yang bertanya sama ada dia sanggup melakukan tatu untuk mereka. Namun, perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk diputuskan.

Dia akui tersepit di antara nak buat untung atau memikirkan soal haram seorang muslim bertatu.

Lagipun menurutnya, tatu adalah sesuatu yang akan kekal pada kulit seseorang itu sampai bila bila

SAYS.com

"Ramai orang Muslim datang bertaaya, sama ada saya boleh tatu mereka atau tidak. Ianya menyusahkan saya, sebab saya nak untung tetapi tidak boleh melakukannya.

"Saya hanya boleh cakap, maaflah, kalau kamu belum ada tatu lagi, saya tak boleh buat, sebab ini memang perkara yang haram.

"Tetapi, misalannya, kamu dah ada tatu, nak tutup tatu tersebut atau nak tambah lagi, itu okaylah, sebab kulit kamu memang dah kotor. Dan tiada pilihan. Namun jika sekarang kamu bersih daripada tatu, janganlah buat. Sebab ini akan bersama kamu sepanjang hayat kamu,"
katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via