Hafaz 30 Juzuk Kurang Setahun, Remaja 16 Tahun Kongsi Rahsia ‘Cinta Dulu Ayat Al-Quran’
Antara rahsia utama yang diamalkannya ialah membaca serta memahami terjemahan ayat sebelum mula menghafal.
Cover image via Sinar PlusFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang remaja berusia 16 tahun membuktikan usia muda bukan penghalang untuk bergelar al-Hafiz apabila berjaya menamatkan hafazan Al-Quran dan memperoleh Syahadah Hafazan Sughra serta Kubra dalam tempoh kurang setahun

Menurut laporan Sinar Plus, Muhammad Akmal Hadi Hissam berkata, antara rahsia utama yang diamalkannya ialah membaca serta memahami terjemahan ayat sebelum mula menghafal.
Menurutnya, cara itu membantu menimbulkan rasa cinta dan minat terhadap setiap ayat sekali gus menjadikan proses hafazan lebih mudah dan menyeronokkan.
"Tips ini saya belajar daripada senior yang telah berjaya sebelum ini," ujarnya.
Lebih mengagumkan, kejayaan itu turut dikongsi sebuah keluarga apabila empat beradik serentak berjaya bergelar hufaz dalam tempoh kurang setahun.
Bapa mereka, Wan Azuadi Wan Yusoff meluahkan rasa syukur melihat kesungguhan anak-anak mendalami Al-Quran selain percaya didikan berasaskan Al-Quran mampu membentuk masa depan yang lebih baik.
Menurutnya, pemilihan sistem pembelajaran yang sesuai juga memainkan peranan besar dalam membantu anak-anak mencapai kejayaan

Kejayaan para pelajar itu diraikan dalam Majlis Haflah Takrimiyah AKMAL Kali Ke-7 yang berlangsung di Shah Alam, melibatkan seramai 201 hafiz dan hafizah.
Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL, Mohd Saifullah Hussin berkata pihaknya kini meletakkan sasaran melahirkan 3,000 hufaz setiap tahun menerusi sistem hafazan berasaskan target, fokus dan kempen motivasi.
Beliau turut menegaskan stigma bahawa pelajar tahfiz hanya mempunyai laluan kerjaya dalam bidang agama sudah tidak relevan kerana ramai alumni kini berjaya sebagai doktor, arkitek, pensyarah dan profesional dalam pelbagai bidang.
AKMAL juga merancang membuka tiga lagi cawangan baharu di Ampang, Kelantan dan Melaka tahun depan bagi memberi lebih banyak peluang kepada generasi muda mendalami Al-Quran.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


