Jepun Ada Kedai Bantal ‘Custom’ Premium, Siap Ukur Lekuk Kepala & Leher Anda
Semua bantal adalah unik hanya wujud satu sahaja untuk seorang.
Cover image via Yes Plz ASMR (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemilihan bantal yang betul adalah sangat penting untuk tidur yang lebih selesa dan mengelakkan sakit leher serta tulang belakang
Ramai orang kadang-kadang tersalah dalam pemilihan bantal menyebabkan tidur mereka sebenarnya tidak terlalu nyenyak sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian dalam jangka masa panjang.
Tahukah anda? Di Jepun terdapat satu syarikat yang menjual bantal yang anda boleh disuaikan mengikut citarasa anda sendiri supaya lebih selesa.
Digelar Nihonbashi Nishikawa, syarikat ini memastikan bantal yang anda tidur adalah milik anda seorang sahaja. Mereka juga telah mempunyai lebih 450 tahun kepakaran dalam bidang tidur.
Baru-baru ini satu video di Facebook telah tular menunjukkan seorang lelaki di Jepun menggunakan servis bantal custom ini untuk dirinya sendiri.

Setiap proses yang dilakukan adalah untuk memastikan tidur yang lebih lena dan selesa
1. Pilih bahan dalam bantal anda sendiri
Awal sekali anda perlu memilih bahan isian untuk dimasukkan ke dalam bantal anda yang mempunyai tiga jenis iaitu lembut, biasa atau keras.

Antara bahan yang boleh dipilih yang disenaraikan adalah mikrofiber, puff hancur, gabungan mikrofiber dan bahan lain atau biji-biji berbentuk paip untuk yang mahukan bantal yang keras.
2. Mengukur ketinggian anda
Mereka kemudian akan mengukur ketinggian anda dan kemudiannya menggunakan satu peranti khas untuk menguku lekuk belakang kepala anda dan lekuk bentuk leher.
Cara anda berdiri boleh menunjukkan cara anda tidur.

Kiraan lekuk ini kemudian akan digunakan sebagai rujukan untuk bantal anda.
Bahan yang anda pilih untuk batal anda juga akan memenuhi ruangan lekuk tersebut memastikan kepala dan leher anda disokong.
3. Pelarasan tinggi bantal dan keselesaan
Anda kemudian akan berbaring untuk mencuba bantal dengan jenis bahan yang anda telah pilih.

Cara anda tidur juga akan diambil kira sama ada anda suka tidur melentang atau disisi.
4. Buat bantal bersama-sama
Setelah itu, bantal anda akan dibuat secara langsung di hadapan anda. Selepas mencubanya, pelarasan keselesaan akan dibuat sekali lagi.

Betul-betul premium bantal ini. Mungkin ini yang orang Malaysia perlukan untuk tidur yang lebih lena dan cukup.
Bantal Nihonbashi Nishikawa bermula dengan harga ¥33,000 hingga ¥45,000 (RM870 hingga RM1,185) mengikut jenis bahan dan isian yang digunakan.
Video penuh di sini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


