Jurutera Tempatan Gegar Dunia Teknologi, Rakyat Malaysia Pertama Yang Diiktiraf Oleh Apple Developer

Tahniah bang, awak memang hebat!

Enlarge text
Cover ImageCover image via How To Geek & Apple

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, anak Malaysia kini berdiri sebaris dengan pembangun aplikasi terbaik dunia apabila Mohammad Hasif Afiq mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama tersenarai dalam Apple Developer Recognition

Menerusi hantaran LinkedIn yang dimuat naik di profil Hasif baru-baru ini menghiasi muka depan senarai berprestij Apple bersama 49 pembangun aplikasi global lain yang memberi impak besar kepada komuniti menerusi teknologi.

Lebih menarik, Hasif sendiri mengakui beliau pada awalnya menyangka e-mel diterima daripada Apple itu tersalah hantar.

Namun, pengiktirafan tersebut akhirnya menjadi simbol penghargaan terhadap segala usaha dan pengorbanannya sepanjang berkecimpung dalam dunia pembangunan perisian.

SAYS.com
Image via AppleImage via

Kini berkhidmat sebagai Jurutera Perisian Kanan di Grab, Hasif bukanlah nama asing dalam industri teknologi

Beliau turut terlibat dalam pembangunan beberapa aplikasi popular yang digunakan rakyat Malaysia setiap hari seperti GXBank, Boost dan JobStreet.

Ketika pandemik melanda negara, beliau juga tampil membantu masyarakat dengan membangunkan Bantu App menerusi inisiatif #KitaJagaKita bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Malah, sisi rohaninya turut diterjemahkan melalui pembangunan Hidayah App, aplikasi Islamik lengkap dengan waktu solat, kompas kiblat, tasbih digital dan bacaan al-Quran.

Selain aktif membina aplikasi, Hasif juga memainkan peranan besar dalam komuniti Swiftlah!, sekali gus membuktikan kejayaannya bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi demi memperkasa bakat teknologi tempatan ke peringkat antarabangsa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: