Kejohanan Pickleball PPA Asia ‘Leapmotor KL Cup 2026’ Bakal Berlangsung September Ini

Kejohanan ini bakal bermula 9 hingga 13 September 2026 bertempat di The Hood, Kuala Lumpur.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sukan pickleball yang kini kian mendapat tempat sebagai antara sukan paling cepat berkembang di dunia bakal menyaksikan penganjuran kejohanan berskala besar menerusi Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026

Kejohanan Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) Tour ini bakal berlangsung selama lima hari, bermula 9 hingga 13 September 2026 bertempat di The Hood, Kuala Lumpur. Media Prima bertindak sebagai Rakan Media Rasmi bagi kejohanan antarabangsa ini yang bakal menampilkan pemain-pemain pickleball terkemuka dunia.

SAYS.com
Image via Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) Tour

Selain persaingan sengit di gelanggang, kejohanan ini turut dimeriahkan dengan Pickletown iaitu sebuah perkampungan interaktif untuk peminat di luar gelanggang. Sepanjang lima hari acara berlangsung, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai pilihan makanan, permainan, pemberian barangan percuma (giveaways), serta barangan rasmi edisi terhad seperti baju tour, paddle mini, dan mainan koleksi rasmi.

Pengunjung juga boleh membuat pra-pesanan baucar barangan (merch voucher) lebih awal untuk mendapatkan nilai bonus tambahan bagi pembelian di kedai rasmi.

Kategori tiket dan pilihan pas kejohanan

SAYS.com
Image via Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) TourImage via

Penganjur menawarkan pelbagai pilihan pas bagi memenuhi keperluan penonton, sama ada untuk kunjungan sehari atau liputan penuh sepanjang lima hari:

  1. Dinker GA Season Pass (5 Hari Penuh): Akses tempat duduk umum dan zon Pickletown sepanjang lima hari kejohanan dengan kemudahan re-entry.
  2. Banger & Dinker GA (Pas Sehari): Tiket Banger memberi akses ke GA Left Stand (di belakang pemain), manakala tiket Dinker bagi GA Right Stand.
  3. VIP Pass: Tempat duduk berhias khas, akses ke VIP Lounge dengan hidangan makanan & minuman percuma, serta sesi ramah mesra (meet-and-greet) bersama pemain profesional.
  4. Premium Courtside Pass: Akses eksklusif di barisan hadapan Championship Court, kemudahan VIP Lounge, laluan masuk keutamaan, serta Pakej Barangan Rasmi Kejohanan bernilai lebih RM2,000 (tempat duduk terhad).

Bagi peminat yang tidak dapat hadir secara fizikal ke The Hood, keseluruhan aksi perlawanan kejohanan ini boleh ditonton secara langsung menerusi platform Tonton.

SAYS.com
Image via Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) Tour

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik