Lelaki Kongsi Pengalaman Dulu Pernah Bekerja Sebagai CEO & Kini Hanya Jadi Penghantar Makanan

Bangkit semula dari bawah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehidupan seseorang itu boleh berubah dalam sekelip mata tetapi tidak semestinya satu pengakhiran

Dahulunya, Indera Aria Wee Jeeny adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk sebuah platform bagi memesan dan menghantar makanan iaitu ODA Malaysia.

Dilaporkan oleh Harian Metro, sebelum ini, syarikat itu telah bermula pada Oktober 2019 dan Indera pernah meraih keuntungan sehingga RM6 juta malah memiliki 3,000 penghantar makanan aktif dari Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menurut Indera, syarikat tersebut masih menjadi rakan strategik di bawah naungan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tetapi telah menanggung kerugian selepas alamat Intellectual Property (IP) dijual seorang individu kepada pesaing demi kepentingan sendiri.

Mulai Januari 2021, keuntungan syarikat tersebut semakin meruncing kepada RM40,000 hingga RM80,000 sahaja dan hampir gulung tikar.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Indera terpaksa menjual pelbagai aset miliknya untuk membayar gaji

Disebabkan itu, Indera terpaksa menjual pelbagai aset miliknya demi membayar gaji dan hidupnya terus berubah selepas syarikat itu jatuh sehingga tahap dia sendiri tidak cukup wang untuk membeli makanan.

Menolak ego pernah bekerja sebagai CEO, Indera tetap meneruskan kehidupan untuk bermula daripada bawah.

Orang yang disangka rakan tidak lagi menjadi rakan dan Indera dapat merasakan ramai orang sekelilingnya berubah apabila berjumpa dengannya.

Ada suatu ketika dia terpaksa mengorek duit syiling untuk membeli makanan dan berjalan jauh disebabkan tiada kenderaan.

SAYS.com

Indera Aria Wee bekerja sebagai penghantar makanan.

Image via Harian Metro

"Tak mudah nak bangkit kerana waktu mula jatuh, nak beli makanan pun kena 'korek' duit syiling…itu belum lagi jalan kaki jauh sebab tiada kenderaan.

"Ketika itu, saya mula nampak perubahan orang sekeliling terutama yang dulunya rapat kemudian mula menjauh mungkin kerana takut saya dekat dengan mereka sebab nak pinjam duit.

"Terasa hati juga waktu itu kerana ketika senang, saya pernah tolong mereka dan ada juga persoalkan kenapa diuji sampai begitu sekali.

"Tapi itu hakikat saya kena terima dan selepas muhasabah diri, saya mula reda kemudian pujuk hati untuk belajar menerima ketentuan ilahi,"
katanya.

SAYS.com

Indera bersama kakitangan pada tahun 2024.

Image via Gaya Utusan

Dia pernah hampir berputus asa untuk membangunkan semula perniagaan dan syarikat yang diusahakan tetapi bangkit semula selepas kata-kata seorang pekerja yang tetap bersyukur walaupun mendapat pendapatan sedikit.

Indera kini bergerak sendiri mencari rezeki sebagai penghantar makanan dan mengambil upah membeli barangan dengan caj RM5 hingga RM10. Di samping itu, dia juga menganggap semua ini sebagai ujian dan pengalaman yang mendewasakannya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik