Malaysia Kekal Destinasi No.1 Mesra Muslim Untuk 11 Tahun Berturut-Turut

Penggunaan AI secara aktif untuk percutian menjadikan Malaysia sentiasa menjadi pilihan tinggi mesra Muslim.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Vocket & TTRRWeekly

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia kekal menjadi destinasi No.1 terutamanya untuk sektor perlancongan Halal dan mesra Muslim

Berdasarkan Global Muslim Travel Index (GMTI) 2026 edisi ke-11, dikeluarkan oleh Mastercard dan CrescentRating menunjukkan Malaysia dengan skor sebanyak 83 sekaligus menjadi Destinasi Mesra Muslim Utama untuk 11 tahun berturut-turut.

GMTI 2026 telah menilai lebih daripada 150 destinasi yang mempunyai lebih 98% pelancong Muslim berdasarkan Akses, Komunikasi, Persekitaran dan Perkhidmatan.

Kempen Melawat Malaysia 2026 juga sedikit sebanyak menjadi antara penyebab Malaysia konsisten menjadi destinasi terbaik buat Muslim dari serata dunia untuk melancong.

SAYS.com
Image via eCentral

Lebih 80% pelancong bergantung saranan AI

Dalam laporan, Indonesia juga menunjukkan prestasi yang tinggi dan berkongsi kedudukan kedua bersama Turkiye dan Arab Saudi sebagai destinasi mesra Muslim dengan skor 79.

Manakala itu, Singapura masih di kedudukan No.1 bagi destinasi terbaik buat negara-negara bukan Organisation of Islamic Cooperation (OIC).

Filipina pula dinobatkan sebagai Rantau Mesra Muslim Berpotensi walaupun bukan OIC.

Data menunjukkan lebih 80% pelancong bergantung kepada AI untuk merancang, menilai dan menguruskan perjalanan mereka sekaligus mengubah cara pelancong memilih tempat melancong.

SAYS.com
Image via NSTP

Penggunaan aktif ini menjadikan Malaysia sentiasa menjadi pilihan tinggi dari AI akibat banyak pilihan makanan Halal, ruang solat, dan pengangkutan yang lebih meyakinkan. Hal ini menyebabkan negara Muslim yang tidak mendigitalkan penawaran mesra Muslim berisiko tidak akan termasuk dalam senarai rekomendasi AI.

Faktor ekonomi global dan ketidakstabilan beberapa negara juga menjadi kebimbangan terutamanya dari segi keselamatan.

Pelancong Muslim juga lebih cenderung untuk memilih destinasi yang lebih dekat dan selamat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik