MHholidays Kembali Dengan Promosi ‘Kids Fly & Stay Free’, Anak Boleh Terbang & Menginap Percuma
Menerusi kempen ini, keluarga berpeluang menikmati penjimatan sehingga 45% bagi pakej percutian domestik terpilih.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Merancang percutian keluarga kini lebih berbaloi apabila MHholidays kembali menawarkan kempen popular 'Kids Fly & Stay Free', sekali gus memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak bercuti tanpa perlu menanggung kos penerbangan dan penginapan mereka

Kempen terbaharu yang diperkenalkan oleh MHholidays, cabang percutian Malaysia Airlines, membolehkan kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun menikmati penerbangan dan penginapan percuma menerusi pakej percutian domestik terpilih.
Tawaran ini sah apabila tempahan dibuat untuk dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak, menjadikannya pilihan ideal buat keluarga yang ingin bercuti bersama tanpa membebankan bajet.
Pengalaman istimewa untuk si cilik jimat sehingga 45% untuk percutian dalam negara
Menerusi kempen ini, keluarga berpeluang menikmati penjimatan sehingga 45% bagi pakej percutian domestik terpilih.
Sama ada ingin menikmati suasana bandar di Kuala Lumpur, meneroka syurga makanan di Pulau Pinang atau berehat di pantai indah Langkawi, MHholidays menyediakan pelbagai pilihan yang sesuai dengan gaya percutian berbeza.
Pakej yang ditawarkan menggabungkan penerbangan Malaysia Airlines bersama penginapan hotel terpilih, sekali gus memudahkan proses perancangan percutian dalam satu platform.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The AU ReviewSelain penjimatan menarik, kanak-kanak yang terbang bersama Malaysia Airlines turut boleh menikmati pelbagai keistimewaan menerusi program MH Junior Explorer.
Program ini menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih menyeronokkan melalui pasport Junior Explorer, pek aktiviti khas, hiburan mesra kanak-kanak, hidangan yang disediakan khusus untuk mereka serta pelbagai kejutan menarik sepanjang penerbangan.
Inisiatif tersebut bertujuan menjadikan setiap perjalanan lebih bermakna, terutamanya bagi kanak-kanak yang pertama kali menaiki kapal terbang.
Kumpul mata ganjaran & diskaun tarikan pelancongan
Lebih menarik, pelanggan yang menempah penerbangan Malaysia Airlines melalui MHholidays juga berpeluang mengumpul Mata Ganjaran Enrich yang boleh digunakan untuk perjalanan akan datang.
Pada masa sama, pelanggan yang layak turut boleh menikmati potongan RM50 untuk tempahan tarikan pelancongan melalui aplikasi atau laman web Journify dengan menggunakan rujukan tempahan penerbangan MHholidays.
Tempoh promosi
Kempen 'Kids Fly & Stay Free' berlangsung bagi tempahan yang dibuat dari 22 Jun hingga 31 Disember 2026, manakala tempoh perjalanan pula adalah dari 23 Jun 2026 hingga 22 Jun 2027.
Promosi ini terhad kepada pakej percutian domestik terpilih dan tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.
Bagi keluarga yang sedang merancang percutian dalam negara, tawaran ini mungkin peluang terbaik untuk menikmati masa berkualiti bersama insan tersayang pada kos yang lebih berpatutan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via