Minat Main Gendang Sejak Umur 9 Tahun Lagi, Gadis Melayu Tular Buat Persembahan Gendang 24 Musim

Memang power lah dik!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @fatin.frhna_ (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang gadis Melayu membuat persembahan Gendang 24 Musim di majlis perkahwinan telah mencuri tumpuan ramai

Menerusi perkongsian video daripada ibu saudaranya sendiri di laman Threads, Irdina Qalesya, 15 tahun yang berbaju kurung biru dilihat sangat konfiden bermain gendang meskipun hanya dia seorang berbangsa Melayu dalam kumpulannya.

Menurut pemilik video, majlis kahwin itu diadakan di Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang dan ia merupakan majlis persandingan adiknya.

Difahamkan, Irdina mula bermain gendang sejak umurnya sembilan tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Kuala Lipis, Pahang.

SAYS.com
Image via @fatin.frhna_ (Threads)
SAYS.com
Image via @fatin.frhna_ (Threads)

Suka cuba sesuatu yang baharu, keluarga beri sokongan yang kuat

"Memang dia menunjukkan minat terhadap gendang. Dia juga seorang yang suka mencuba sesuatu yg baru. Tiada siapa yg memaksa atau menjadi inspirasi khusus, tetapi apabila diberi peluang mencuba, dia terus seronok mempelajarinya.

"Melihat semangat dan kesungguhannya, kami hanya memberi sokongan supaya bakat dan minatnya dapat terus berkembang,"
katanya.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet terpegun melihat persembahan gendang tersebut dan kagum dengan bakat adik Irdina.

Antara komen warganet di Threads:

Lihat video penuh di bawah:

View on Threads

https://www.threads.com/@fatin.frhna_/post/DZZH_o2j9DS?xmt=AQG08AuLaDBz4EGcSRluNlPmwU1ie8FNd0TTWApHIswxTQ

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: