‘Ondeh Ondeh’ Pukau Industri Gaming Dunia, Bukti Kehebatan Karya Anak Tempatan
Malaysia membuktikan industri permainan video kita mampu berdiri setaraf dengan pembangun permainan video gergasi yang lain.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Industri permainan video Malaysia kekal melonjat jauh ke hadapan apabila karya terbaharu anak tempatan dikongsikan di Nintendo Direct
Ondeh Ondeh Kaya's Tasty Tale telah ditayangkan trailernya dalam satu slot di Nintendo Direct meraih banyak perhatian gamer Malaysia dan Asia Tenggara.
Untuk makluman, Nintendo Direct adalah koleksi pembentangan permainan video baharu daripada Nintendo dan pembangun permainan video yang lain dari serata dunia. Ini adalah salah satu acara terbesar yang sangat dinantikan oleh peminat Nintendo.
Malaysia membuktikan industri permainan video kita mampu berdiri setaraf dengan pembangun permainan video gergasi yang lain.

Sentuhan penambah perisa studio tempatan dengan penerbit gergasi Bandai Namco Entertainment SEA
Diasaskan oleh pembangun permainan video veteran Malaysia, Wan Hazmer, studio tempatan tersebut ialah Metronomik yang juga terkenal dengan francais game No Straight Roads.
Kali ini mereka telah bekerjasama dengan Bandai Namco Entertainment SEA sebagai penerbit.
Wan Hazmer di platform X telah menyatakan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian pasukannya selepas trailer rasmi game tersebut ditayangkan.
Our game was featured in yesterday's Nintendo Direct! Surreal🤯
— Wan Hazmer ハズ – NSR Encore Edition on Steam! (@WanHazmer) September 10, 2026
I couldn't be prouder of our team & partners. Their endless dedication and creative brilliance in bringing our culture to life is truly inspiring.
Showing this & seeing your comments online mean the world to me. https://t.co/cTgAIb4777
Ondeh Ondeh Kaya's Tasty Tale
Ondeh Ondeh Kaya's Tasty Tale adalah permainan video dimana anda mengikuti Kaya dalam pengembaraannya untuk menjadi seorang Worldbuilder.

Permainan ini akan membawa genre aksi pengembaraan dengan elemen teka-teki. Anda akan mengembara bersama Kaya ke dalam dunia Selera yang mengambil inspirasi daripada pelbagai budaya Asia Tenggara.
Pemain juga perlu menguasai memasak, kuasa ritma untuk eksplorasi, menyelesaikan teka-teki dan berlawan dengan musuh!
Paling menghiburkan dalam trailer tersebut, penonton disajikan dengan lagu "Rasa Sayang Hey" versi Ondeh Ondeh dan kelihatan Wau Bulan berterbangan di dalam dunia itu. Elemen motif batik juga dapat dilihat merata-rata wujud di dalam permainan ini.

Permainan ini juga mempunyai pilihan Bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun. Pelakon suara tempatan Megat Adli turut menyumbangkan suaranya sebagai salah satu watak dalam game ini.
Komuniti permainan video Malaysia & Asia Tenggara menyambut baik
Ramai netizen Malaysia dan Asia Tenggara berbangga dan mengucapkan tahniah kepada Metronomik di media sosial sebagai tanda sokongan.
Rata-rata di platform rasmi X @MetronomikIncEN tidak sabar dengan pelancaran permainan video ini.
"Anda semua tidak tahu betapa gembiranya saya dengan Ondeh Ondeh. Saya suka penggunaan wayang kulit yang ditunjukkan ketika direct hari itu"
"Permainan ini sangat cantik untuk dilihat."
"Sangat penting untuk kita melihat permainan video dibangunkan di Asia Tenggara yang memaparkan banyak budaya Asia Tenggara. Malah terus ke Nintendo Direct!. Masukkan permainan ini dalam radar anda supaya mereka boleh buat duit banyak-banyak!"

Setakat ini masih belum ada harga rasmi yang telah diumumkan. Ondeh Ondeh Kaya's Tasty Tale akan dilancarkan pada tahun 2027 di pelantar Nintendo Switch 2, PlayStation 5 dan PC di platform Steam.
Majulah industri gaming untuk negara!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via