Pelancong Indonesia Puji Kuala Lumpur Destinasi Keluarga Terbaik – “Mesra Kanak-Kanak & Berpatutan”

KL memang tourist spot yang best!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @sesarika (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kuala Lumpur terus menjadi pilihan pelancong luar negara apabila seorang pempengaruh dari Indonesia berkongsi pengalaman bercuti bersama keluarganya di ibu negara baru-baru ini

Menerusi perkongsian yang tular di Threads oleh Sesarika Widya menyifatkan Kuala Lumpur sebagai antara destinasi luar negara paling mesra kanak-kanak dan berpatutan untuk percutian keluarga.

Menurutnya, dia terkejut melihat pelbagai kemudahan awam yang disediakan khusus untuk keluarga terutama taman terbuka dan taman permainan percuma yang mudah diakses di sekitar bandar.

"Aku nobatkan liburan keluarga ke Kuala Lumpur sebagai liburan ke luar negeri terdekat paling kids friendly dan paling terjangkau," tulisnya.

Sesarika berkata, antara perkara yang membuatkan dia dan keluarga selesa sepanjang berada di Kuala Lumpur adalah kewujudan banyak kawasan hijau serta taman permainan yang bersih dan selesa untuk kanak-kanak.

Malah, dia turut menyifatkan suasana di ibu kota Malaysia itu lebih nyaman kerana kurang terdedah kepada asap rokok di kawasan awam.

Perkongsiannya turut memaparkan beberapa momen keluarga mereka menikmati suasana sekitar Menara Berkembar Petronas serta taman permainan awam di tengah bandar.

Selain kemudahan awam, wanita itu juga mengakui kos percutian di Kuala Lumpur jauh lebih berpatutan daripada yang disangkakan

Katanya, harga makanan di Kuala Lumpur tidak jauh beza dengan Jakarta sekali gus memudahkan keluarga yang membawa anak kecil untuk mengawal bajet percutian.

Lebih mengejutkan, hotel bertemakan keluarga di Kuala Lumpur didakwa jauh lebih murah berbanding hotel serupa di Indonesia.

"Terkejutnya harga hotel terjangkau banget. Kamar thematic yang kalau di Indonesia atas 1.5 juta rupiah, kalau di KL masih dapat harga sekitar RM500 sahaja," katanya.

Ramai pelancong Indonesia setuju KL lebih selesa

Di ruangan komen, ramai warga Indonesia turut bersetuju bahawa Kuala Lumpur kini menjadi antara destinasi pilihan keluarga kerana menawarkan gabungan suasana moden, pengangkutan awam yang selesa dan kos yang masih dianggap mampu milik.

"Waktu anak pertama diajak pertama kali keluar negerinya ke KL, nanti adiknya umur satu tahun sepertinya akan mengulang lagi. Naik e-hailing juga murah di sana, makanannya enak-enak. Sebenarnya wisata di KL ala-ala kota aja sih cuma ntah kenapa lebih nyaman," komen seorang netizen.

Seorang lagi turut berkongsi pengalamannya pernah menetap di Kuala Lumpur selama enam bulan dan mengakui rindu untuk kembali bercuti bersama keluarga.

"Aku pernah kerja latihan enam bulan di KL dulu. Memang menyenangkan itu KL, ke mana-mana dekat, transportasi nyaman banget, orangnya baik-baik. Rindu mahu ke sana lagi bawa anak-anak," tulisnya.

Sebelum ini, Sesarika memaklumkan dia juga pernah melancong ke Johor, Pulau Pinang dan Melaka, selain berharap dapat meneroka lebih banyak destinasi menarik di Malaysia selepas ini.

Lihat posting di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: