Pemancing Dakwa Berjaya Mendaratkan Piranha Perut Merah Di Empangan Klau, Raub
Ikan invasif yang boleh merosakkan ekosistem flora & fauna.
Cover image via LAHAD DATU UpdateFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Perikanan Pahang sedang menyiasat dakwaan seorang pemancing yang melaporkan telah memancing ikan piranha perut merah
Ikan piranha perut merah atau nama saintifiknya, Pygocentrus nattereri ini didakwa telah ditangkap di Empangan Klau, Raub.
Dakwaan ini telah mencetuskan kebimbangan dan siasatan telah dimulakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
Menurut laporan daripada Harian Metro, Pengarah Jabatan Perikanan, Roslan Abu Hasan mengatakan Jabatan Perikanan Pahan Barat akan melawat lokasi empangan berkenaan bagi mengumpul maklumat lanjut dan mengesahkan penemuan ikan larangan di negara ini.

Ikan ini adalah spesies ikan pemangsa invasif
"Kita sedang siasat bagi mengesahkan dakwaan berhubung kehadiran spesies ikan pemangsa ini di Empangan Klau. Pegawai perikanan akan ke sana minggu ini," katanya.
Ikan ini biasanya ditemui di Lembangan Sungai Amazon, Amerika Selatan.
Satu kumpulan pemantau hidupan air tawar baru-baru ini menyuarakan kebimbangan mengenai kehadiran ikan piranha perut merah.
Ikan piranha ini dipercayai dilepaskan oleh pihak tidak bertanggungjawab ke dalam empangan itu. Kehadiran ikan ini lebih merisaukan jika dilepaskan dengan lebih banyak atau berkeupayaan untuk berbiak di situ.

Untuk rekod umum, ikan piranha perut merah atau pacu perut merah ialah spesies yang dikawal atau dilarang di Malaysia kerana kesannya sebagai spesies invasif.
Pemilikan, pengimportan atau penjualan spesies berkenaan adalah tertakluk kepada peraturan dan kelulusan Jabatan Perikanan sahaja.
Masalah haiwan invasif telah lama menjadi salah satu perkara yang merisaukan buat ekosistem Malaysia seperti ikan bandar raya dan kura-kura telinga merah yang dibuang oleh orang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai, tasik, dan badan air di serata Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


