Pemuda Cipta Game Roblox Jejak Wahyu, Untuk Anak Buah Mudah Faham Subjek Sirah

Belajar sejarah Islam dengan cara lebih santai.

Enlarge text
Cover ImageCover image via appl.dnzy / Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jarang ada permainan video yang selalu dikaitkan dengan penggunaan pendidikan

Seorang pemuda dari Threads bernama Danial Iman telah berkongsi satu cara kreatif untuk membantu anak-anak memahami subjek Sirah dengan lebih mudah bagi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

"Anak buah aku peperiksaan UPKK tahun ni, jadi aku buatkan la game Roblox Pasal Sirah. Senang la siki nak faham kan," katanya di Threads.

Dinamakan Jejak Wahyu, ia adalah sebuah permainan pendidikan untuk kanak-kanak memahami sirah untuk penguasaan terhadap peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Menurut Danial Iman, idea ini bermula apabila dia mendengar kebimbangan kakaknya bahawa anak-anaknya sukar untuk memahami subjek Sirah dan dia terdetik untuk memilih platform Roblox sebagai cara paling mudah untuk diminati oleh kanak-kanak dan remaja sekarang.

SAYS.com
Image via @apple.dnzy / Threads

Fakta sejarah Islam diajar dengan cara lebih santai

Roblox Jejak Wahyu telah dibangunkan dengan beberapa elemen pembelajaran yang selari dengan kandungan silibus UPKK.

Dalam permainan ini, pemain perlu menyelesaikan beberapa tugasan dan cabaran yang telah disusun menjadi satu jalan cerita tertentu yang mudah untuk difahami.

Antara perkara yang perlu dibuat adalah mencari beberapa stesen utama dan mencari skrol tersembunyi sambil menjawab soalan kuiz berkaitan topic pembelajaran terutamanya sirah.

SAYS.com
Image via @apple.dnzy / Threads

Pelbagai fakta penting mengenai sejarah Islam termasuk cerita para sahabat, perjalanan dakwah Rasulullah SAW dan latar belakang tokoh-tokoh besar Islam.

Danial hanya membangunkan projek ini dalam masa seminggu sahaja hasil pengalaman dari bidang pembangunan aplikasi dan teknologi digitalnya.

SAYS.com
Image via @appl.dnzy / Threads

Pendekatan ini bakal memberikan peluang ramai lagi anak-anak di luar sana untuk mengembangkan minat terhadap subjek Sirah dengan cara yang lebih santai untuk persefahaman yang lebih mudah.

Pembangunan permainan ini juga telah dikongsikan oleh Danial dan boleh dimuat turun oleh ibu bapa atau murid-murid yang mahu belajar mengenai subjek sirah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik