Percutian Singkat Hujung Minggu, Rasai Ketenangan & Gaya Resort Di Hilton Shah Alam Glenmarie

Melarikan diri dari kesibukan kota, ikuti pengalaman 3 hari 2 malam penulis di Hilton Shah Alam Glenmarie.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi mana-mana ibu bapa, merancang percutian keluarga selalunya hadir dengan cabaran tersendiri daripada kesesakan jalan raya yang memenatkan hingga kepayahan mengemas beg untuk perjalanan jauh

Namun, sebaik sahaja kereta kami membelok masuk ke lebuh laluan Hilton Shah Alam Glenmarie, segala tekanan dan kesibukan lebuh raya Lembah Klang seolah-olah ghaib begitu sahaja. Kami disambut oleh lanskap pepohonan hijau yang redup, tiupan angin lembut, serta panorama yang tenang dan memukau. Ia serta-merta mengubah mood kami sekeluarga daripada kepenatan kota kepada mod percutian yang penuh ketenangan.

Penginapan 3 hari 2 malam kami bersama anak-anak di destinasi terbaharu ini benar-benar memberikan andaian baharu tentang percutian resort mewah. Walaupun hakikatnya kami hanya memandu singkat dari pusat bandar, suasana persekitaran yang serba lapang dan tenang membuatkan kami berasa seolah-olah ke suatu di tempat yang berbesa.

Dari saat langkah pertama kami di ruang legar yang elegan hingga ke senyuman mesra petugas hotel yang menyambut anak-anak, kami tahu ini akan menjadi satu percutian yang istimewa. Jika anda sedang mencari lokasi staycation mesra keluarga untuk 'unplug', melupakan sejenak jadual kerja yang padat, dan cas semula tenaga, ini ulasan jujur kami mengenai apa yang menanti anda di sini.

SAYS.com
Image via Hilton Shah Alam Glenmarie
SAYS.com
Image via Hilton Shah Alam Glenmarie

Duplex Family Suite with Balcony: Definisi keselesaan, privasi & mesra keluarga

Setibanya kami di hotel, proses daftar masuk berjalan sangat lancar dengan sambutan hangat dan meet & greet mesra daripada pihak pengurusan yang turut membantu kami melakukan pemeriksaan bilik. Kami bernasib baik dapat menginap di Duplex Family Suite with Balcony dan reka bentuknya memang membuatkan kami sekeluarga kagum.

Susun atur dupleks dua aras ini memberi ruang yang sangat luas dan terasa seperti tinggal di townhouse moden berbanding bilik hotel biasa. Anak-anak sangat teruja dengan konsep dua aras ini kerana ruang bergerak yang luas membolehkan mereka bermain tanpa terasa sempit.

Aras bawah dijadikan ruang tamu yang selesa untuk berehat bersama keluarga, manakala bilik tidur di aras atas menawarkan privasi sepenuhnya. Paling kami suka? Balkoni peribadi yang menghadap pemandangan hijau lapang. Menghirup kopi pagi di balkoni sambil menikmati angin segar adalah momen terbaik kami sepanjang penginapan.

Selepas berehat sebentar, kami meluangkan waktu petang bersama anak-anak di kawasan kolam renang. Sambil anak-anak gembira mandi-manda di kolam kanak-kanak, kami menikmati makanan ringan dan minuman betul-betul di tepi kolam yang disediakan khas oleh pihak restoran Gingerfire.

SAYS.com
SAYS.com

Apabila tibanya waktu malam, kami berpeluang mencuba sendiri bilik karaoke peribadi yang telah siap ditempah khas oleh pihak hotel. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, anak-anak adalah yang paling teruja melihat suasana bilik khas yang begitu eksklusif, luas dan selesa.

Dilengkapi dengan sistem audio berkualiti tinggi, pencahayaan sekeliling yang santai, serta pilihan senarai lagu yang banyak daripada lagu-lagu popular dan terkini hingga ke lagu-lagu animasi diminati anak-anak, bilik ini benar-benar menjadi ruang privasi kami sekeluarga untuk melepaskan tenaga dan gelak tawa bersama.

Pengalaman berkaraoke ini bertambah sempurna dengan kemudahan memesan makanan terus dari dalam bilik. Menikmati hidangan panas yang lazat bersama minuman menyegarkan sambil anak-anak bergiliran memegang mikrofon dan menyanyikan lagu kegemaran masing-masing tanpa perlu bimbang mengganggu tetamu lain adalah momen paling manis yang mengeratkan lagi hubungan keluarga kami.

SAYS.com
SAYS.com

Kembara kuliner dari pagi hingga malam dan pelbagai kemudahan fasiliti

Kami bermula dengan sarapan pagi yang melimpah-ruah di Gingerfire, menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang sangat diminati anak-anak. Usai sarapan, kami meluangkan masa tengah hari dengan menikmati hidangan Jepun yang autentik dan intim di Fūrin Japanese Restaurant dengan perkhidmatan yang sangat mesra dan cekap daripada para petugas.

Sebelah petang diisi dengan pelbagai aktiviti rekreasi keluarga di sekitar kawasan hotel. Anak-anak seronok bermain di taman permainan, manakala kami sempat menjenguk kemudahan di Glenmarie Golf and Country Club yang terletak bersebelahan hotel merangkumi kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang sukan, hingga ke padang golf bertaraf antarabangsa melalui pakej Stay & Play.

SAYS.com
SAYS.com
SAYS.com

Selepas penat beraktiviti, kami singgah di Glen Lounge untuk menikmati set minum petang (afternoon tea) sambil menyaksikan pemandangan terbuka yang memukau. Malam kedua kami pilih untuk makan malam di bilik sahaja dan memesan room service dari Gingerfire, di mana hidangan yang pelbagai ditawarkan melengkapkan lagi hari penuh aktiviti kami sekeluarga.

Koklusinya, Hilton Shah Alam Glenmarie berjaya membuktikan bahawa anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati pengalaman resort yang sebenar bersama keluarga. Hospitaliti mesra khas jenama Hilton, gabungan reka bentuk bilik dupleks yang mesra anak-anak, kemudahan rekreasi dan bilik karaoke peribadi yang sangat menyeronokkan, serta ketenangan alam sekitar menjadikannya destinasi staycation keluarga terbaik di Selangor ketika ini.

Tip Tempahan: Jika anda bercadang untuk berkunjung sebelum 31 Ogos 2026, pastikan anda menempah terus sebagai ahli Hilton Honors untuk menikmati kadar eksklusif serta 1,000 mata ganjaran bonus bagi setiap penginapan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: