Raia Beach Resort Port Dickson Tawar Percutian Mesra Keluarga & Santai Di Pantai Teluk Kemang

Percutian best dan bajet mesra poket.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penat dengan routine kerja dan kesesakan lalu lintas kat bandar? Mesti ramai antara kita yang teringin nak gi trip pantai untuk tenangkan fikiran bukan?

Tapi bila fikir balik bab nak kena drive jauh-jauh atau bajet yang boleh bikin poket rabak, terus tak jadi plan.

Haa… untuk korang yang cari tempat percutian ekspres tanpa perlu pusing kepala fikir bajet dan masa, ada destinasi baharu yang wajib masuk bucket list korang kat Port Dickson, Negeri Sembilan!

Baru sahaja dibuka secara rasmi pada Oktober 2025, Raia Beach Resort Port Dickson kini jadi hotspot terbaharu untuk korang yang nak family vacation atau staycation romantis dengan pasangan.

SAYS.com
SAYS.com

Buka pintu bilik, terus nampak pantai!

Daya tarikan utama resort ini semestinya lokasi strategik betul-betul di hadapan Pantai Teluk Kemang. Memang syok habis keluar je dari bilik, korang dah boleh terus pijak pasir pantai!

Resort ini menawarkan pelbagai pilihan penginapan, daripada bilik Deluxe yang cozy untuk pasangan, sehinggalah bilik keluarga yang lapang untuk korang yang ada anak-anak kecil.

Bab makan tak perlu risau. Korang boleh santai-santai layan sarapan pagi atau minum petang di Senja Coffeehouse. Nak lagi best? Kolam renang baharu mereka yang sangat mesra keluarga, memang port paling sesuai untuk budak-budak mandi-manda nanti!

SAYS.com
SAYS.com

Bukan sekadar hotel bisnes, Raia Beach Resort juga imbang keperluan korporat dan majlis keraian. Korang boleh sewa dewan majlis untuk seminar atau mesyuarat atau gunakan ruang acara di tepi pantai untuk majlis perkahwinan, family day dan aktiviti team building.

Raia Beach Resort ini nak buktikan yang trip pantai tak semestinya mahal atau menyusahkan.

Tiga sebab utama kenapa tempat ini padu, akses terus ke pantai dengan kemudahan lengkap mesra keluarga, ruang acara fleksibel untuk pelbagai aktiviti dan kadar harga mampu milik lengkap dengan layanan mesra khas jenama Raia.

Buat korang yang tinggal sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, atau Melaka, ini memang spot idaman untuk unwind hujung minggu atau masa cuti sekolah nanti.

Nak book bilik atau usahakan promosi pembukaan? Terus je layari laman web rasmi mereka di www.raiahotels.com.my. Jom pack barang!

SAYS.com
SAYS.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: